Satu lagi model dengan spesifikasi dari negara India telah dibawa masuk ke pasaran Jepun. The Suzuki Gixxer 250, sebuah naked streetfighter entry-level dengan penampilan gaya moden yang agresif. Motosikal ini sangat popular di India kerana tag harganya yang mampu milik, enjin kalis peluru dan prestasi cemerlang.
Di pasaran Jepun, Suzuki Gixxer 250 ini dilancarkan dalam dua varian iaitu Matte Black Metallic dan yang paling menjadi kegilaan ramai, Triton Blue Metallic kerana mempunyai banyak persamaan dengan MotoGP pasukan Suzuki musim lalu. Spesifikasi untuk Jepun ini tiada beza dengan model yang berada di pasaran di India.
Dikuasakan oleh enjin silinder tunggal 249cc yang menghasilkan 26hp, motor ini dijangka menjadi pilihan di kalangan penunggang yang baru berjinak-jinak dengan Suzuki.
Sumber : Rideapart.com