Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Honda CBR600RR Kini Di Malaysia

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2021-04-16
in BULETIN, UTAMA
0


Boon Siew Honda mengujakan pasaran motosikal tempatan apabila memperkenalkan Honda CBR600RR serba baharu. Jentera super sports itu menjadi pemacu kepada banyak kejayaan dalam pelbagai kejohanan melibatkan motosikal produksi. Antaranya ialah Kejohanan Dunia FIM Supuersport, Kejohanan Asia Road Racing dan Kejohanan Perlumbaan Jalanan Seluruh Jepun.

Ciri-ciri menarik pada Honda CBR600RR 2021 ialah:
• Enjin bersesaran 599cc dengan sistem penyejukan cecair berkuasa 119hp dan tork 63Nm pada 11,500rpm
•Rekaan dan prestasi aerodinamik yang menawan
•Teknologi kawalan elektronik untuk tunggangan yang selesa dan mengujakan
•Mode tunggangan untuk prestasi terbaik. Power Mode dengan ciri kawalan tork, kawalan wheelie dan brek enjin
•Paparan meter TFT warna penuh
•Sistem Emergency Stop Signal yang akan mengaktifkan lampu hazard secara automatik jika brek ditekan keras.
•Ciri Honda Electronic Steering Damper (HESD), Quick Shifter dan Assist/Slipper Clutch

CBR600RR meneruskan nilai siri CBR iaitu “Total Control” yang menggabungkan prestasi mantap dengan rekaan agresif. Tampil dengan konsep Awaken The Race, jentera itu dilengkapi kawalan elektronik terkini. Jentera tersebut dipasang dengan sensor Inertial Measurement Unit (IMU) yang berperanan mengesan sudut posisi motosikal. Ia berfungsi bersama dengan Selectable Torque Control (HSTC) dan Engine Control Unit (ECU) untuk memastikan tayar belakang tidak gelincir ketika memecut atau membelok.

Terdapat tiga mode tunggangan yang ditawarkan iaitu Fast Riding, Fun Riding dan Comfortable Riding. Motosikal itu juga memberi pilihan kepada penunggang untuk menghasilan dua mode tunggangan mereka sendiri. Penunggang boleh mengubah suai kuasa (5 tahap), HSTC (9 tahap +off), kawalan wheelie (3 tahap + off) dan brek enjin (3 tahap).

CBR600RR dilengkapi ciri Honda Electronic Steering Damper (HESD) dengan tiga mode tetapan (keras, sederhana, lembut). Komponen itu bekerjasama dengan IMU dan alat pengesan kelajuan untuk meningkatkan kestabilan ketika mengambol selekoh serta menunggang dalam kelajuan tinggi. Motosikal itu dipasang dengan sistem brek ABS dua saluran, empat angkup dan cakera berkembar bersaiz 310mm di depan serta cakera tunggal 220mm di belakang.

Kestabilan tunggangan ditingkatkan lagi dengan suspensi hadapan USD Showa 41mm di dapan dan Showa Pro-Link.
Penampilannya pula diserlahkan menerusi sepasang lampu LED yang agresif, winglet dan ekzos belakang kompak.
Honda CBR600RR didatangkan dalam warna merah Grand Prix Red yang ekslusif dan boleh anda miliki pada harga RM98,888 (tidak termasuk cukai jalan, insurans dan yuran pendaftaran).

Sumber : Mekanika

Previous Post

Ride Leha-Leha Ziarah Cakna Ambang Ramadan NMax Seladang Crew Ke Kg Gapeh Kuala Mu

Next Post

Suzuki Gixxer 250 Dilancarkan Di Jepun

Next Post

Suzuki Gixxer 250 Dilancarkan Di Jepun

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved