Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Suasana Meriah Seperti Sambutan Aidil Fitri!

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2024-03-29
in BULETIN, UTAMA
0

Sebulan berpuasa, bukan satu tempoh yang lama. Pejam celik, tak sangka sudah cukup sebulan berpuasa. Bagi meraikan bulan yang mulia ini, ramai yang mengambil kesempatan menganjurkan pelbagai program berbuka puasa atau kini lebih popular dalam kalangan masyarakat dengan program iftar!

Baru-baru ini, satu program yang sentiasa dinanti-nantikan telah diadakan di RTC Gopeng, Perak. Program yang dimaksudkan ialah Iftar Permotoran Perak 2024 yang dianjurkan oleh RetroStreetPerak dengan kerjasama RTC Perak. Program iftar ni turut menerima penajaan dari Koyoko Malaysia dan juga FKR Malaysia.

Sebelum berlangsungnya program ini yang bertempat di Dewan Banquet, pihak penganjur terlebih dulu membuat hebahan tentang penganjuran ini. Di mana penyertaan terbuka kepada semua dengan bayaran Buffet Ramadan dikenakan sebanyak RM30 untuk orang dewasa, RM20 untuk kanak-kanak dan percuma untuk kanak-kanak berumur di bawah 10 tahun.

Diadakan pada hari Sabtu, bersesuaian dengan kelapangan para peserta yang hadir, program telah dimulakan sekitar pukul 5.00 petang dengan kehadiran para peserta yang segak berpakaian baju melayu dan juga berkurung. Tidak ubah seperti kunjungan ke Rumah Terbuka.

Tambahan pula, para peserta hadir dengan wajah ceria sekali gus menghangatkan lagi program Iftar Permotoran Perak 2024 ini. Pelbagai juadah yang telah dihidangkan dengan mengambil selera orang-orang dewasa tanpa membelakangkan selera anak-anak yang turut hadir bersama. Malah, hidangan ringan seperti kuih-kuih juga membuka selera sesiapa sahaja yang memandang.

Program iftar ini bertambah bermakna dengan kehadiran jemputan khas, terdiri daripada Anak-Anak Yatim dari Pertubuhan Nur Kasih Bistari Tanjung Malim yang melibatkan seramai 20 orang kesemuanya. Ini diikuti dengan golongan Asnaf dari Pertubuhan Jalinan Insan Prihatin Batu Gajah, juga seramai 20 orang.

Selain tujuan utama penganjuran program ini untuk berkongsi rezeki bersama golongan yang memerlukan, ia juga dilihat sebagai salah satu usaha untuk mengukuhkan lagi ukhuwah yang tersedia terjalin dalam kalangan ahli. Semoga usaha yang sama diteruskan lagi di masa hadapan.

Previous Post

Program Wajib NVOG Setiap Tahun

Next Post

Dari Besi Buruk Ke Tatapan Umum

Next Post

Dari Besi Buruk Ke Tatapan Umum

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved