Setiap kali bulan Ramadan, aktiviti-aktiviti yang melibatkan dunia permotoran akan berkurangan berbanding bulan-bulan biasa. Ramai yang mengambil kesempatan ini untuk menjalani ibadah puasa dengan meluangkan masa bersama keluarga. Tidak kurang juga, memperbanyakkan lagi kerja amal kebajikan.
Namun begitu, ada juga kelab-kelab permotoran yang menggunakan peluang ini untuk menjalani ibadah puasa bersama rakan-rakan yang berkongsi minat sama. Sepertimana yang dilakukan oleh NVOG saban tahun dengan menganjurkan Ride Moreh Supercub Siput Jawi.
Pada kali ini, program yang sama telah diadakan di D’Kampung Style Cafe 2 dan dua lokasi telah dipilih sebagai tempat berkumpul. Lokasi pilihan pertama ialah stesen Shell, Hentian Rehat & Rawat di Juru (arah Selatan). Manakala lokasi kedua pula di Petronas Juru Tok Kangar.
Walaupun kehadiran tidak ramai tetapi ia tetap berjalan di meriah dengan kehadiran tetamu jemputan khas iaitu Abang Man Kulim (Pening). Program Ride Singgah – Sahur Sg Bakap Jawi ini ternyata meriah dengan merapatkan lagi ukhuwah di antara peserta. Semoga lebih banyak program sahur dan moreh ini diadakan kelab-kelab permotoran lain di luar sana.