Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Dari Besi Buruk Ke Tatapan Umum

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2024-03-29
in SHOW OFF, UTAMA
0

Terdapat pelbagai sebab kenapa ramai individu mula berjinak-jinak dengan pengumpulan koleksi lama seperti motosikal klasik. Selain hobi dan koleksi, ada juga beberapa faktor yang tidak dapat dijelaskan. Sepertimana Ahmad Zabidi, 44, minatnya terhadap dunia motosikal klasik bermula ekoran atas kenangan dengan seseorang.

Selain motosikal klasik, Ahmad Zabidi yang dikenali dengan panggilan BidieMaggie yang menetap di Kampung Lang Merah, Pendang, Kedah, turut menyimpan beberapa koleksi basikal vintaj. Peniaga warung makan itu mula menjadikan motosikal klasik sebagai satu hobi demi mengingati semula arwah ayahnya.

Kesanggupannya untuk membeli motosikal model Yamaha YB100 banyak berkait rapat dengan kisah arwah ayahnya. Mengakui bahawa klasik bagaikan sudah sebati dengan dirinya, Bidie Maggie mengakui bahawa kini dirinya lebih ‘mencintai’ item-item klasik berbanding puluhan model baharu serba moden yang terdapat pada hari ini.

“Ada banyak cara untuk mengingati seseorang. Mungkin lain orang, lain caranya. Bagi saya, dengan pembelian motosikal ini, secara tak langsung dapat mengingati kenangan ketika bersama arwah ayah saya satu waktu dahulu.

“Sebenarnya ada kisah di sebalik motosikal ini. Dipendekkan cerita, ia bermula dari kisah motosikal peninggalan arwah ayah. Ketika hidupnya, arwah ayah pernah menjual motosikal kepada salah seorang saudara kandungnya.

“Mengikut cerita dari keluarga saya, saudara kandung ayah masih belum menghabiskan perjanjian jual beli motosikal tersebut. Dan kami sebagai anak-anak, berhasrat untuk mendapatkan semula atau mereka perlu melunaskan baki yang belum berbayar itu.

“Sejak dari itu, pelbagai isu mula timbul. Hanya dari ketidakpuasan salah seorang anaknya, bermulalah bibit-bibit perselisihan keluarga termasuklah salah faham, ungkit-mengungkit dan mula timbul sedikit pergaduhan.

“Untuk tidak memanjang lagi cerita panas itu, saya tarik ‘handbreak’ dan tak mahu ia berterusan. Pada saya, hanya redha dengan ketentuanNya, malah tidak mahu lagi memanjangkan kisah tersebut.

“Selepas kisah itu, saya terjumpa sebuah posting dalam Facebook, yang mahu menjual model jentera sama seperti yang dimiliki oleh arwah ayah sebelum ini,” ujar Bidie membuka bicara ketika penulis menghubunginya untuk sesi temubual.

Hasil perbincangan dan persetujuan jual beli, akhirnya Bidie berjaya memiliki jentera persis seperti apa yang dimiliki oleh arwah ayahnya. Jentera yang Bidie maksudkan adalah Yamaha YB100 buatan tahun 1980. Sebenarnya, tiada apa yang istimewa dan mahu dibanggakan dengan jentera yang dimilik oleh Bidie.

Melihat dari fizikal motosikal yang dibelinya, jentera itu agak usang malah ‘layak’ untuk menjadi tukun, besi buruk atau paling tidak seperti sampah dan bahan buangan sahaja. Dari harga bernilai hampir RM3k, berkarat, warna yang agak kusam, enjin yang sudah lama tidak dihidupkan oleh pemilik asalnya, akhirnya jentera milik Bidie menjadi antara jentera yang pernah beberapa berada pada carta tiga teratas dalam koleksi motosikal klasik.

Berwajah baharu dengan salutan warna biru adalah permulaan hobi barunya sebagai pemilik motosikal klasik. Untuk ‘membina’ semula jentera ini, Bidie menghabiskan hampir lima ribu ringgit bagi menjadikan jentera ini sepertimana yang dapat dilihat pada hari ini.

Berbekalkan duit perniagaan makan minum di warung miliknya, Bidie melakukan modifikasi Yamaha YB100 itu sendiri. Dari mengecat, mencari alat ganti seterusnya proses untuk menghidupkan enjin semua dilakukan secara sendiri.

“Kalau ikutkan bajet untuk menghantar pada kedai agak mahal. Mungkin antara tujuh hingga lapan ribu ringgit. Jadi, nak tak nak saya terpaksa usahakan sendiri. Ada juga saya minta pendapat dan pertolongan rakan yang lain.

Previous Post

Suasana Meriah Seperti Sambutan Aidil Fitri!

Next Post

Program Iftar Kapcai Vol 3

Next Post

Program Iftar Kapcai Vol 3

CAPAIAN

  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved