Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Street Cub Ori Tapah Karya Kreatif Suami Isteri

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2021-04-15
in SHOW OFF, UTAMA
0

Cerita pasal pengayaan atau modifikasi motosikal mungkin ramai yang sedia maklum. Malah ada sesetengah pemilik motosikal, sanggup menghabiskan ribuan ringgit semata-mata untuk menghasilkan jentera kesayangan mereka tampak gah di mata orang ramai. Pemilik kapcai yang diberi jolokan Street Cub, Mohd Zamri Ab Ghani mahu remaja lain bersama-sama menyimpan hasrat yang sama tanpa mensia-siakan duit belanja dan gaji bulanan tanpa sebarang benda tidak berfaedah. Malah, tak semestinya aksesori tidak berjenama menjadikan jentera yang kita idamkan tampak kolot dalam bergaya.

Tanyalah sesiapa sekali pun, pasti mahu dilihat jentera sendiri bergaya di mata semua orang. Persepsi bergaya berkait rapat dengan barangan berjenama mewah adalah salah. Hanya dengan kreativiti sekali pun jentera kita mampu kelihatan cantik jika pandai dipadankan dengan aksesori dan keyakinan diri. Jangan juga hanya terlalu fikir negatif pada pandangan orang lain membuatkan kita memillih kebanyakan jenama yang mahal sebagai satu kemestian sebaliknya bagi jenama murah tidak semestinya jentera kita dilabel sebagai cap ayam atau kelas rendah.

Menurut Zamri atau mahu dikenali dengan panggilan Nazri, motosikal yang diubah suai menjadi monster ini pada awalnya adalah milik isterinya sebagai pengangkutan berulang alik ke tempat kerja sebelum mereka berkahwin lagi. Mengimbau kembali hobinya terhadap modifikasi motosikal, Nazri menjelaskan bahawa idea itu datang dari isterinya. Malah, isterinya sanggup mengorbankan motosikal kesayangannya demi mencari kelainan dalam hobi suaminya selain memberi ‘nafas baharu’ terhadap motosikal Honda EX5 miliknya.

“Ada kisah menarik mengenai hobi saya ini. Isteri saya pernah tegur dan pesan suami-isteri, ‘daripada abe main perempuan, lebih baik abe abiskan duit kat motor ini je’,” ujar Nazri anak jati Kg Gering, Tumpat ketika ditanya permulaan minatnya terhadap modifikasi motosikal.

Berlokasi di pekan Tapah yang terletak dalam daerah Batang Padang di Perak, Nazri yang berkhidmat sebagai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berpangkat Koperal mengakui untuk memodifikasikan sesebuah motosikal menelan kos yang agak tinggi.

“Jika dihitung dari awal, kos untuk modifikasi ‘Street Cub’ saya ini menelan belanja yang agak besar. Tetapi saya hanya membuat sedikit demi sedikit tanpa mengganggu perbelanjaan harian, belanja dapur dan lain-lain lagi.

“Tambahan saya tidak meletakkan syarat hanya barangan jenama sahaja. Sekiranya ada benda-benda yang menarik dan lebih penting kos yang murah dan berbaloi, saya terus padankan dengan motosikal saya,” ujar Nazri bapa kepada tiga cahaya mata.

Model Honda EX5 1997 milik asal Juliza Hanim Ismail yang diubah suai oleh suaminya Nazri, bukan saja memukau dengan teknik semburan angin yang cukup unik dan memukau. Malah rim digunakan adalah rim kereta custom dan dipadankan dengan tayar Michelin ZR17. Harga bagi membuat rim binaan khas bersama tayar itu mencecah ribuan ringgit sepasang. Untuk memuatkan rim bersaiz gergasi berkenaan, fork hadapan terpaksa melalui proses binaan semula sambil kolobrasi sistem brek Brembo dan Apido Racing untuk pemberhentian yang stabil. Selain itu, tempat duduk dan tangki bahan api juga dibina secara kustom.

Antara aksesori tambahan lain ialah pendikit minyak jenis Racing Boy, rantai dan sprocket jenis Faito, lampu hadapan jenis LED sambil mengekalkan aksesori asal yang sedia ada. Manakala enjin jentera turut dinaik taraf dengan menggunakan enjin Lifan 160cc (buatan Thailand) dan sistem ekzos jenis Yoshimura. Biarpun tampak padat dan berat, jentera itu mampu memecut dengan sempurna dan Nazri mengakui sudah membelanjakan lebih RM10 ribu untuk menukar rupa motosikal kesayangannya.

Jika pemilik motosikal lain, hanya sekadar menyimpan dan mempamerkan jentera yang telah siap dimodifikasi semata-mata untuk tontonan peminat dan menyertai pertandingan, ia berbeza dengan Nazri. Dia memilih untuk menayangkan motosikal ini dengan membawa jentera ini ke tempat pertandingan atau paling tidak ‘ride’ bersama isteri tersayang.

Secara berseloroh, jentera tua Honda EX5 ini cukup signifikan terhadap kehidupannya. Malah ‘Street Cub’ adalah hasil karya paling unik mengisahkan kami berdua suami isteri.

Perihal Diri
Nama : Mohd Zamri b Ab Ghani
Umur: 35 tahun
Tinggal: Tapah Perak
Jenis Motor : Honda EX5 (1997)
Status : Berkahwin
Nama Isteri : Juliza Hanim Binti Ismail
Anak : 3 orang
Asal : Kg Gering, Tumpat, Kelantan
Karier : Tentera
Pangkat : Koperal

Spesifikasi:
1: Enjin : Lifan160cc (buatan Thailand)
2: Rim 7.5jj depan dan belakang (Rim Kereta jenis kustom)
3: Tayar Michelin depan 180/55 belakang 190/50 ZR 17
4: Tempat duduk kustam
5: Lampu LED
6: Pemegang Pendikit Minyak jenis Racing Boy
7: Ekzos : Yoshimura
8: Spoket dan Rantai Faito
9: Enjin heat by pass tank
10: Oil Coolers Morin
11: Brake pump depan Brembo & pump belakang Apido Racing

 

Previous Post

Edisi Terhad Hong Leong Yamaha Lagenda GP

Next Post

Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas 2019 – Sepang

Next Post

Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas 2019 – Sepang

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved