Sempena menghargai pasukan MotoGP pertama Malaysia, pasukan perlumbaan Sepang Petronas Yamaha (SRT), Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) melancarkan GP edisi terhad Yamaha Lagenda 115Z dengan PETRONAS Yamaha SRT yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang.
Edisi terhad ini berkonsepkan MotoGP dengan set sarung perlindungan (sticker cover) penuh SRT menampilkan PETRONAS Yamaha SRT dalam Kejohanan MotoGP. Reka bentuk ini diilhamkan oleh mesin PETRONAS Yamaha SRT YZR-M1 yang dilancarkan oleh 2 pelumba MotoGP – Franco Morbidelli dan Fabio Quartararo dalam MotoGP 2019.
Untuk setiap pembelian Yamaha Lagenda 115Z GP Edition, pemilik juga akan menerima Sijil Pemilikan eksklusif. Edisi Lagenda 115Z GP disediakan di semua pengedar sah Yamaha dari pertengahan Disember dengan harga RM 5580.00.
Disediakan oleh Paksu Shidee