Penutup tirai untuk Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS musim ini berakhir dengan menyaksikan kemenangan besar untuk pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ apabila berjaya memenangi gelaran juara keseluruhan dua kelas utama iaitu CP150 dan juga CP115. Diadakan di Litar Antarabangsa Sepang pada 7 dan 8 Disember yang lalu, Ahmad Afif Amran yang juga pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ muncul sebagai juara keseluruhan dengan 167 mata.
Walaupun kecundang di tempat kedua apabila ketinggalan di belakang Azroy Hakeem Anuar dari pasukan Idemitsu Honda Yuzy Racing, kedudukan Ahmad Afif di tangga keseluruhan tidak tergugat. Malah, meninggalkan pencabar terdekatnya Azroy Hakeem dengan jurang mata yang agak jauh iaitu sebanyak 40 mata. Manakala di tempat ketiga kedudukan keseluruhan untuk kelas CP150 pada musim ini dimenangi Md Akid Aziz, pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor dengan 125 mata.
Penguasaan pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ diteruskan lagi apabila pelumbanya, Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff berjaya merebut gelaran sebagai juara keseluruhan kelas CP115 dengan 176 mata. Ahmad Syukran menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dengan masa 11:24.215s, di belakang Md Syarifuddin Azman dari pasukan Idemitsu Kozi DFZ Yam Honda Racing dengan masa 11:24.172s. Di tempat pertama pula dimenangi oleh pelumba Motul Yamaha YY Pang Racing, Md Adib Rosley yang menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 11;24.147s.
Sementara itu, kelas Wira telah dimenangi oleh pelumba yang mewakili pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing, Aliff Danial Md Asri. Walaupun menamatkan perlumbaan di Litar Sepang sekadar di tempat keempat, beliau mengesahkan gelaran sebagai juara keseluruhan dengan meraih 145 mata sekali gus mencipta sejarah baru dalam kerjayanya. Di tempat kedua pula Md Zaki Ahmad Zamri dari pasukan MOS William #LLRKS CYT Racing dengan 133 mata, diikuti Awal M Al Fikri Yusni yang mewakili pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing di tempat ketiga dengan 120 mata.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Jumpa lagi di musim akan datang!
Keputusan Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas 2019 – Sepang
CP150
1. Azroy Hakeem Anuar (Idemitsu Honda Yuzy Racing) – 14:33.350s
2. Ahmad Afif Amran (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing) – 14:33.454s
3. Md. Muzakkir Mohamed (ONEXOX TKKR SAG Team) – 14:33.517s
Kedudukan Keseluruhan Pelumba
1. Ahmad Afif Amran (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing) – 167 mata
2. Azroy Hakeem Anuar (Idemitsu Honda Yuzy Racing) – 127
3. Md Akid Aziz (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) – 125
CP115
1. Md Adib Rosley (Motul Yamaha YY Pang Racing) – 11;24.147s
2. Md Syarifuddin Azman (Idemitsu Kozi DFZ Yam Honda Racing) – 11:24.172s
3. Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing) – 11:24.215s
Kedudukan Keseluruhan Pelumba
1. Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing) – 176 mata
2. Md Syafiq Rosli (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) – 166
3. Md Adib Rosley (Motul Yamaha YY Pang Racing) – 107
Wira
1. Abdullah Qayyum Abd Razak (AFB TECH Racing) – 10:07.369s
2. Md Idlan Haqimi Raduan (Idemitsu Kozi DFZ Yam Honda Racing) – 10:07.554s
3. Awal M Al Fikri Yusni (PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing) – 10:07.705s
Kedudukan keseluruhan
1. Md Aliff Danial Md Asri (PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing) – 145 mata
2. Md Zaki Ahmad Zamri (MOS William #LLRKS CYT Racing) – 133
3. Awal M Al Fikri Yusni (PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing) – 120