Barisan komprehensif bateri yang diaktifkan oleh BS Battery telah pun menjadi bateri kuasa pertama dalam industri yang menawarkan dan mempromosikan barisan bateri SLA Factory Sealed dan Activated yang digunakan kebanyakan motosikal, skuter dan ATV sejak sepuluh tahun lepas.
Dengan peraturan Eropah terbaharu terhadap pengendalian dan penghantaran asid sulfurik yang berkuatkuasa pada 1 Februari 2021 lalu, BS Battery sudah pun bersedia dalam memastikan para pelanggan mematuhinya dengan barisan bateri yang sedia untuk digunakan tanpa memerlukan sebarang penyelenggaraan mahupun pengendalian asid.
BS Battery telah pun membangunkan pelbagai solusi inovatif untuk beberapa tahun dan bateri sedia digunakan keluaran mereka mempunyai reputasi yang cukup cemerlang di seluruh dunia. Direka khusus untuk kegunaan kuasa permotoran, bateri SLA dan SLA Max menawarkan beberapa kelebihan seperti prestasi tinggi, meningkatkan lagi kuasa, memanjangkan hayat, penghalang gegaran yang ekstrem dan juga perkakasan pelbagai posisi.
Diperakui sebagai kelengkapan OE oleh pengeluaran motosikal utama dunia permotoran, BS Battery mempunyai barisan bateri sedia untuk digunakan yang luas, dengan lebih jenis bateri powersport pra-cas dan 80 sealed. Kebanyakan bateri jenis DRY (kering) dan bebas-penyelenggaraan (maintenance free) telah pun dikemaskini dengan teknologi SLA kerana ianya jauh lebih baik – prestasi yang baik, lebih tahan lama, lebih mudah digunakan tanpa penyelenggaraan dan pengendalian asid.
Kini, dengan peraturan baharu, BS Battery berada di kedudukan yang terbaik untuk membantu pengedar dan juga wakil-wakilnya berada di hadapan, membawa mereka jauh dari kesukaran yang kian meningkat dalam menangani masalah berkaitan pengisian asid.
BS Battery juga memastikan setiap unit bateri dihantar selepas diselenggara, diuji, dicas dan juga sentiasa berada dalam kawalan sepanjang masa.
Pengecas BS Smart
Sesuai untuk bateri SLA dan SLA Max, pengecas BS15 mengoptimakan kuasa bateri asid plumbum dan kawalan pemproses mikro dengan tiada risiko terlebih mengecas. BA10, pengecas automatik yang sesuai untuk asid plumbum dan juga semua bateri litium.