Setelah dua tahun pandemik berlalu, FKR telah memutuskan untuk mengadakan majlis bagi meraikan pengedar yang berjaya mencapai jualan tertinggi pada tahun 2021. Tahun 2022 agak berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya kerana tahun ini FKR memberi anugerah kepada pengedar yang telah mencapai “Platinum award” selama sepuluh tahun. Bagi tujuan itu, FKR telah memilih Chiang Mai dan Chang Rai, Thailand sebagai destinasi untuk dikunjungi dan juga sebagai tempat untuk meraikan pengedar yang telah mencapai sasaran jualan dengan jayanya.
Pada hari pertama, mereka memilih Woo Café untuk makan malam sejurus tiba di lapangan terbang Chang Mai Thailand. Woo Café tersenarai di kedudukan ke-5 di bawah kategori ‘Tempat makan Chiang Mai’ di “TripAdvisor”. Woo café antara restoran yang mempunyai persekitaran yang cantik, sesuai dilawati untuk berehat dan menghidangkan pelbagai makanan lazat.
Setelah mengisi perut, semua pengedar FKR dibawa ke Chiang Mai Night Market. Di sini, mereka dapat membeli pelbagai jenis snek, kraftangan, baju tradisional dan pelbagai cenderahati untuk kenang-kenangan. Selepas selesai melakukan aktiviti hari pertama, mereka pulang bermalam di hotel bertaraf Lima bintang Shangri La Chiang Mai.
Pada keesokan hari, mereka bertolak ke Wat Rong Khun atau dikenali sebagai “White Temple”. Ia merupakan kuil unik berwarna putih dan mempunyai kepingan kaca di dalam plaster, berkilauan di bawah sinar matahari. Warna putih melambangkan kesucian Budhha, manakala kaca melambangkan kebijaksanaan Buddha dan Dhamma, ajaran Buddha.Seterusnya mereka ke Mae Kajan “Hot Spring”, sebuah kolam air panas semula jadi. Di sini terdapat pelbagai kedai yang menjual cenderahati dan kudapan tradisional. Mereka juga berpeluang melakukan aktiviti rendaman kaki dan membeli-belah. Sebelum ke destinasi seterusnya, mereka singgah makan tengah hari dan menuju ke “Black House”.
“Black House” juga dikenali sebagai Muzium Rumah Hitam, gabungan bangunan traditional utara Thai dengan seni bina yang bukan konvensional dan kontemporari. Bangunan ini dicipta oleh Thawan Duchanee. Kesemua pengedar FKR amat seronok meraikan perjalanan mereka di sini dan tidak lupa merakamkan gambar kenangan di setiap sudut serta mencipta memori bersama-sama.
Pada sebelah petang, pengedar FKR dibawa ke lokasi seterusnya iaitu ke Chiang Rai di mana majlis penyampaian anugerah “FKR Top Achiever Convention 2022” diadakan. Pada malam tersebut, kesemuanya dihidangkan dengan pelbagai menu yang menarik. Tidak dilupakan, persembahan menarik bagi meraikan kesemua pengedar FKR
Sesi penyampaian anugerah pada kali ini disampaikan oleh Pengarah Urusan FKR En. Chaiyasit Samrittivanicha dan juga En Pornpoj Swadwan. Sesi penyampaian anugerah dimulai dengan penyampaian “Top Achiever Award” dan “Platinum Award”.
“FKR Top Achiever Convention 2022” diakhiri dengan sesi penyampaian “10 years Platinum award” kepada lima pengedar yang telah mencapai dan mengekalkan jualan tertinggi selama 10 tahun. Pihak FKR sangat teruja dan bangga dengan prestasi pengedar yang terdiri daripada;
A L Liew Trading Sdn. Bhd
Heap Ghee Motors Sdn. Bhd
PG Lee Brothers Enterprise Sdn. Bhd
Teck Hin Motor Trading Sdn. Bhd
Yes Distributor Sdn. Bhd
Majlis “FKR Top Achiever Convention 2022” berjalan dengan lancar dan kesemua pengedar FKR merasa sangat gembira meraikannya.
Pada hari ketiga, pengedar FKR dibawa melawat ke tempat yang bersejarah atau dikenali sebagai “Blue Temple”. “Blue Temple” ianya adalah tempat ibadat dan mempunyai dewan pentahbisan, pagoda, patung dan kesemuanya adalah bewarna biru.
Destinasi teakhir sebelum berangkat ke tanah air, mereka ke Doi Tung Mae Fah Luang Garden iaitu taman bunga yang terletak tinggi di atas gunung Doi Tung iaitu di bahagian utara Thailand. Untuk pengetahuan semua, taman ini dibina atas arahan Mendiang ibu kepada raja Thailand kini, Ia dibuat khas untuk rakyat Thai yang tidak berpeluang untuk melancong ke luar negara. Selama 4 hari 3 malam disana, kesemua pengedar amat berpuas hati terhadap segala aktiviti yang diatur oleh pihak FKR.
Akhir kata, pihak FKR merakam jutaan terima kasih kepada kesemua pengedar kerana masih bersama FKR dari mula hingga kini. FKR mengharapkan hubungan ini kekal selamanya. Jumpa lagi tahun hadapan!