Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Skuter maskulin BMW C650 GT Tawar Kualiti Tunggangan Menyakinkan

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-07-03
in SHOW OFF, UTAMA
0

Di negara kita, masih ramai yang menganggap bahawa skuter hanya sesuai untuk golongan wanita dan bukannya bagi mereka yang mempunyai semangat dalam dunia pemotoran. Untuk beberapa dekad yang lampau, itu mungkin benar. Tetapi persepsi sebegitu sudah tidak lagi relevan. Malah, bukan sedikit bilangan pengguna motosikal di negara lain yang telah beralih kepada jentera dua roda automatik ini.

Pasaran pastinya menjadi semakin meriah dan mengujakan melalui kemunculan skuter berprestasi yang didatangkan bersama enjin berkuasa tinggi. Ia seakan-akan menepis terus sangkaan ini. Bagi bersaing dalam kategori skuter berprestasi tinggi, pengeluar kenderaan dari Jerman, BMW menawarkan C650 yang terdiri daripada varian GT dan Sport.

Secara kasarnya, C650 Sport direka agar memiliki lebih ciri prestasi jalanan. Sementara varian C650 GT pula lebih terarah kepada keupayaan untuk mengharung perjalanan jauh. Saya berpeluang mencuba salah sebuah skuter yang disifatkan sebagai penggerak urban iaitu BMW C650 GT. Sekali pandang, skuter ini sudah mampu menarik perhatian. Nampak moden dan begitu ‘garang’ terutama jika dilihat dari arah hadapan.

Penampilan maskulin tersebut terhasil daripada penggunaan garis badan yang tajam. Di samping aplikasi beberapa aksesori canggih seperti lampu utama yang besar, tiga garisan LED dan lampu belakang LED. Rekaan dan lampu LED itu nyata menyumbang dalam usaha menjadikan jentera ini tampil kontemporari atau selari dengan zaman dan tidak pantas dimakan usia. Itu sebahagian kecil keistimewaan BMW C650 GT. Sama seperti varian Sport, C650 GT digerakkan oleh enjin bersesaran 647cc. Kuasa enjin kemudian dialihkan ke roda belakang menerusi kotak gear automatik.

Melihat kepada kapasiti enjin dan kuasa yang mampu dihasilkan sahaja sudah cukup untuk memberitahu ia bukan calang-calang skuter. Lagipun, kotak gear CVT yang digunakan memang lancar dan menjadikannya mudah bergerak dalam apa jua keadaan dan paling penting, menyeronokkan. Sisi positif BMW C650 GT semakin menyerlah apabila ia boleh diajak ‘bermain’ di selekoh. Sebabnya, sebagai sebuah skuter, ia mempunyai titik graviti rendah membuatkan tunggangan menjadi lebih meyakinkan dan tidak mudah hilang kawalan.

Perkara ini boleh dilihat jelas daripada pandangan sisi. Enjin, transmisi, ruang kargo dan tangki minyak semuanya berada rendah serta lebih dekat dengan permukaan jalan. Pada mulanya, saya sendiri tidak yakin untuk menunggang laju di selekoh. Apatah lagi apabila melihatkan diameter rodanya yang kecil. Namun, selepas mencuba beberapa kali untuk lebih condong semasa mengambil selekoh, saya semakin yakin. Sehinggakan ada masanya bahagian tongkat skuter ini mencecah jalan.

Cuma, apa yang membuatkan perasaan sedikit kekok adalah posisi tempat duduk penunggang. Rasanya begitu santai dan macam tidak jauh beza seperti duduk di atas kerusi di pejabat. Kaki cukup relaks di atas lantai sisi. Sementara hendal pula dapat dicapai dengan mudah.

Menunggang di bandar, kedudukan sebegini memberi keyakinan kepada penunggang untuk mencelah-celah di antara kenderaan-kenderaan lain semasa jalan raya penuh sesak dan ingin membuat pusingan tajam. Namun penunggang perlu sedikit berhati-hati dalam menganggar kelebarannya. Anda juga harus berjaga-jaga semasa ingin meletakkan kaki.

Kedudukan yang selesa bukan untuk penunggang sahaja. Malah pembonceng juga dapat merasainya. Ada kalanya saya merasakan kedudukan di antara penunggang dan pembonceng sedikit jauh. Maka, keadaan ini memaksa pembonceng untuk menunduk sekiranya ingin memeluk penunggang. Jika tidak mahu memeluk penunggang, pembonceng boleh memilih untuk memegang pada pemegang yang tersedia di bahagian belakang. Pemegang itu berfungsi memberikan pembonceng lebih keyakinan, selain mengelakkan badan daripada terhuyung-hayang ke sana ke mari.

BMW C650 GT boleh juga dikatakan versatil dengan kemampuan yang pelbagai. Dalam perjalanan jauh, ciri-ciri tambahannya memberikan kelebihan. Antaranya termasuklah penghadang angin yang boleh dilaras. Dengan sentuhan satu butang, penunggang boleh melaras ketinggian penghadang angin mengikut kesesuaian. Lebih tinggi, maka kuranglah rintangan angin yang merempuh penunggang ketika skuter ini ditunggang laju. Selain itu, BMW C650 GT juga mempunyai ruang simpanan yang luas. Ia mampu memuatkan sebuah topi keledar separuh muka dan barangan lain seperti beg.

BMW C650 GT
Spesifikasi
Enjin : 647cc, dua silinder, empat lejang, penyejuk cecair, empat injap setiap silinder
Transmisi : CVT, pacuan rantai di dalam minyak, klac ‘centrifugal’
Kuasa maksimum : 60hp @ 7,500rpm
Tork maksimum : 66Nm @ 6,000rpm
Ciri keselamatan : BMW Motorrad ABS
Brek : dua cakera 270mm dan angkup terapung dua piston di hadapan dan cakera tunggal serta dua angkup di belakang

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Roadstar edisi 11

Previous Post

Kawasaki Ninja 250 SL; Satu model permulaan…

Next Post

Kerjasama Baharu Zurich Malaysia Permudahkan Pembaharuan Cukai Jalan Dan Pembelian Insurans Kenderaan

Next Post

Kerjasama Baharu Zurich Malaysia Permudahkan Pembaharuan Cukai Jalan Dan Pembelian Insurans Kenderaan

CAPAIAN

  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved