Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Kawasaki Ninja 250 SL; Satu model permulaan…

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-07-03
in SHOW OFF, UTAMA
0

Membicarakan tentang model-model Kawasaki, ramai pengguna tempatan cukup mengenali akan barisan jentera-jentera itu berbanding model dari pengeluaran lain. Terima kasih kepada strategi Kawasaki Motors Malaysia Sdn Bhd yang membolehkan ramai peminat tempatan pada hari ini, kini berkemampuan untuk memiliki jentera berkuasa besar berbanding sebelumnya.

Secara tradisinya kebanyakan pengeluar motosikal seluruh dunia, bermula dari pengeluaran motosikal satu silinder kepada dua silinder; yang sememang satu kelaziman dan lebih dilihat bergerak maju ke hadapan. Namun strategi Kawasaki untuk menarik perhatian penunggang terutama golongan muda sukar diramalkan. Dari segi populariti pemilik motosikal tempatan, anda boleh dapati hasil kerja keras Kawasaki Malaysia telah berjaya membuahkan hasilnya.

Kembali ke model Kawasaki Ninja 250SL ini, secara teknikalnya bukan ‘klon’ bagi model Kawasaki Ninja 250 R yang diperkenalkan terlebih dahulu. Banyak perbezaan yang didapati walaupun dari segi zahirnya ia kelihatan agak sama. Sekalipun kedua-duanya masih dibekalkan struktur “full fairing” namun reka bentuk jelas berbeza terutama dibahagian hadapan. Mengambil contoh sport rim digunakan, ia kelihatan sama namun dari segi saiz tayar depan dan belakang sedikit berbeza.

Enjin 250 SL menggunakan satu silinder dengan ukuran saiz lubang silinder 72mm serta lejang 61.2mm. Rujuk kepada speksifikasi, enjin ini boleh menjana sekitar 28 kuasa kuda iaitu kurang 4 kuasa kuda berbanding model Ninja 250 dua silinder. Namun kuasa tork pula 1.6Nm lebih tinggi berbanding enjin dua silinder. SL menggunakan sistem suntikan bahan api dengan saiz bersuapan 38mm, namun tidak bagi Ninja 250 dua silinder yang menggunakan dua suapan dengan setiap satu bersaiz 28mm.

Jika ditafsir dari data di atas ini, kuasa pecutan awal mungkin didominasi oleh 250 SL namun pecutan maksima pula dikuasai oleh model Ninja 250 dua silinder. Agak berpuas hati dengan daya pecutan di peringkat awal namun jentera ini jelas agak statik ketika di fasa pertengahan. Menyentuh mengenai teknikal model ini, dimensi keseluruhan turut berubah dari segi panjang, lebar, tinggi dan jarak roda yang menjadi lebih kecil dari model 250 dua silinder. Sudut kawalan turut dibina dengan lebih kecil pada 24.5 darjah.

Berat keseluruhan motosikal ini juga agak ringan hampir 24 kilogram dan menjadikan jentera ini lebih ringan serta mudah dikendalikan. Abjad SL yang tertera merujuk kepada maksudnya “Slim” (kurus) dan “Lightweight” (ringan). Maka tidak hairanlah jika Ninja 250SL sebenarnya 21 kilogram lebih ringan berbanding model Ninja 250. Sebelum menunggang uji motor ini, saya mengisi penuh tangki minyak dengan isipadu tangki turut lebih kecil dengan kapasiti isian sebanyak 11 liter (kira-kira RM23) sahaja.

Untuk rekod, jentera ini dibina di atas kerangka Trellis dengan sistem suspensi fork konvensional untuk roda hadapan dan jenis monoshock di bahagian belakangnya. Tugas membrek pula diserahkan kepada brek cakera tunggal pada kedua-dua roda. Ke mana arah tuju Kawasaki pada model ini boleh menimbulkan banyak persoalan. Jika dinilai dari kesemua aspek teknikal, motosikal ini dilihat lebih lincah tetapi bukan jentera yang harus digunakan pada jarak yang lebih jauh berbanding model dua silinder.

Hasil tunggang uji dan penilaian tentang model Kawasaki Ninja 250 SL terbaharu ini, ia sememangnya dibina untuk sasaran penunggang awal (sebelum ke tahap yang lebih besar) dan prestasinya lebih serasi bagi tunggangan di kawasan bandar. Dibawa masuk ke pasaran tempatan dalam bentuk import sepenuhnya (CBU) dari negara jiran Indonesia, Ninja 250SL didatangkan dengan dua warna menarik iaitu hijau dan kuning.

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Roadstar edisi 10

Previous Post

The Pink Peiso; Konsep, Idea & Sentuhan Suami-Isteri!

Next Post

Skuter maskulin BMW C650 GT Tawar Kualiti Tunggangan Menyakinkan

Next Post

Skuter maskulin BMW C650 GT Tawar Kualiti Tunggangan Menyakinkan

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved