Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Kerjasama Baharu Zurich Malaysia Permudahkan Pembaharuan Cukai Jalan Dan Pembelian Insurans Kenderaan

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-07-03
in BULETIN
0

Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), sebanyak lebih dua juta cukai jalan tidak diperbaharui akibat penutupan kaunter JPJ sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dalam usaha untuk mempermudahkan pembaharuan cukai jalan serta mengurangkan jumlah kenderaan yang tidak diinsuranskan di atas jalan raya, Zurich General Insurance Malaysia Berhad (Zurich General Insurance) bekerjasama dengan Finology Sdn Bhd (Finology) dan rakan sekutunya PayLink Global (M) Sdn Bhd untuk menyediakan perkhidmatan pembaharuan cukai jalan raya dan pembelian insurans kenderaan melalui kiosk. Ini merupakan kerjasama yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Melalui kerjasama strategik ini, pengguna jalan raya di Malaysia akan menikmati kemudahan bagi memperbaharui cukai jalan atau membeli insurans kenderaan untuk kereta dan motosikal mereka. Terdapat kira-kira 250 kiosk Payquik tersedia di seluruh negara di lokasi strategik seperti pejabat syarikat utiliti, pusat membeli-belah dan bangunan kerajaan supaya rakyat Malaysia dapat memanfaatkan masa mereka apabila keluar untuk membayar bil atau membeli-belah.

Ketua Pegawai Eksekutif Zurich General Insurance, Junior Cho berkata, “Kami sentiasa mencari penyelesaian baharu yang dapat memenuhi keperluan pengguna yang terus berkembang. Gaya hidup moden mendorong permintaan yang semakin meningkat untuk penyelesaian yang memudahkan pembelian dan mendapat perkhidmatan. Dengan hampir keseluruhan aktiviti ekonomi dibenarkan beroperasi semula, kami memahami pentingnya mempunyai cukai jalan dan insurans kenderaan yang sah supaya rakyat Malaysia dapat pergi kerja dengan tenang kerana tempoh pengecualian pembaharuan akan berakhir tidak lama lagi. Kerjasama dengan Finology dan Payquik akan memberikan akses yang lebih luas untuk pengguna jalan raya untuk mendapatkan perkhidmatan dan perlindungan yang mereka perlukan dengan cara yang cepat dan mudah.”

Menurut statistik JPJ dari tahun 2018, terdapat kira-kira 29 juta kenderaan berdaftar di Malaysia. Dari jumlah ini, hanya 19 juta kenderaan yang memperbaharui cukai jalan setiap tahun dan kira-kira 95% daripada mereka yang mempunyai cukai jalan yang sudah tamat tempoh adalah motosikal.

Jared Lim, Pengarah Urusan Finology berkongsi, “Mungkin ada yang bertanya mengapa kiosk perkhidmatan diperlukan jika pengguna mempunyai pilihan untuk membuat pembayaran dalam talian. Hakikatnya masih terdapat pengguna yang lebih gemar membayar menggunakan wang tunai atau tidak memiliki kad kredit. Ini bermakna pengguna-pengguna ini tidak mempunyai akses ke perkhidmatan kewangan dalam talian yang mencukupi. Justeru, pembelian insurans kenderaan dan pembaharuan cukai jalan melalui kiosk adalah alternatif terbaik. Tambahan pula, kiosk ini tersedia 24 jam yang membolehkan pelanggan membuat pembelian atau pembaharuan mengikut keselesaan mereka.”

Kerjasama terbaharu ini adalah usaha bersama untuk mempromosikan financial inclusion dan menawarkan liputan menyeluruh kepada rakyat Malaysia semasa di atas jalan raya. Pada tahun 2019, Zurich dan Finology bekerjasama untuk menawarkan perkhidmatan pembelian insurans dalam talian end-to-end kepada pelanggan melalui platform Finology iaitu loanstreet.com.my.

Previous Post

Skuter maskulin BMW C650 GT Tawar Kualiti Tunggangan Menyakinkan

Next Post

R25, Selamat Datang Keluarga R!

Next Post

R25, Selamat Datang Keluarga R!

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved