Mobiliti elektrik Blitz bukan nama asing di Eropah dan sering bekerjasama dengan beberapa jenama terkenal seperti McDonalds, Domino’s Pizza dan juga Pizza Hut. Setakat hari ini, Blitz telah melakukan perjalanan sejauh 20 juta km untuk pengguna persendirian dan juga awam.
Menggunakan teknologi terkini yang memberikan hasil perjalanan yang menakjubkan menerusi kapasiti yang tinggi, bateri yang mudah ditukar dan juga membantu pemilik perniagaan dan penunggang penghantaran berjimat sehingga 95% dari penggunaan tenaga.
Inovasi terbaharu syarikat ini adalah Blitz 3000X yang dijangka bakal mendarat di parasan Eropah secepat mungkin. Dilengkapi dengan bahagian penyimpanan yang boleh memuatkan sehingga tiga bateri dengan jarak perjalanan sejauh 200 km.
Skuter elektrik ini didatangkan dalam dua model L1 dengan kelajuan maksimum 45 km/j dan L3, yang membolehkan penunggang meluncur di jalanan kota pada 90km/j. Ia juga didatangkan dengan pengecas Phoenix Fast Double Charger, dua bateri Pelican (bateri tambahan), pemegang telefon pintar dan juga peti di atas skuter. Semua ini menjadikan skuter yang lengkap dan sesuai untuk penghantaran.
Sumber : Rideapart