BMW Motorrad melancarkan skuter generasi baharu, C400X dan C400GT di pasaran Malaysia. Selain mematuhi standard emisi Euro 5, skuter ini telah dipertingkatkan lagi dengan kelengkapan ciri-ciri terkini. Salah satunya ialah sistem throttle-by-wire yang dikenali sebagai E-Gas.
Beberapa bahagian lain turut ditukar seperti sensor oksigen, catalytic converter dan bahagian head yang telah dimodifikasi. Bagi memberikan maklum balas yang lebih baik setiap kali pendikit dipulas, bahagian klacnya telah dipertingkatkan. Skuter baharu ini masih menggunakan enjin satu silinder penyejukan udara OHC 350cc yang menghasilkan kuasa 34 hp pada 7,500 rpm dan tork 35Nm pada 6,000 rpm.
Skuter ini dilengkapi dengan BMW Connectiviti yang dipadankan dengan aplikasi BMW Connected yang memberikan kemudahan kepada penunggang mengakses pelbagai fungsi seperti mendengar muzik, membuat dan menjawab panggilan serta navigasi.
Terdapat ruang simpanan 31 liter yang terletak di bawah tempat duduk skuter ini yang dilengkapi soket USB dan soket kuasa 12V. Sebanyak tiga warna disediakan untuk skuter C400GT untuk pasaran Malaysia iaitu Alpine White, Callisto Grey dan Triple. Manakala untuk skuter C400X pula hanya boleh didapati dalam satu warna Black Storm Style Triple Black.
Sumber : Otorider