Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Skuter Dengan Gaya Retro Dan Ciri-Ciri Menarik Pada Harga Mampu Milik

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2022-07-29
in BULETIN, UTAMA
0

Mobiliti Elektrik Indian, EVeium telah memperkenalkan tiga skuter terbaharu untuk pasaran India bagi memenuhi permintaan peminat yang mahukan penampilan premium, gaya retro dengan pengangkutan elektrik penuh. Ini termasuk Cosmo yang mana kosnya bersamaan dengan $1,800 USD (RM8,012.32) dan dijual pada harga $2,400 USD (RM10,682.82) dan Czar pula berharga $2,700 USD (RM12,018.73). Ketiga-tiga skuter elektrik ini mempunyai ciri-ciri menarik termasuk jarak kilometer yang lebih jauh dan kelajuan tertinggi yang baik.

EVeium Cosmo dan Comet mempunyai gaya neo-retro dengan penampilan ringkas, diikuti dengan panel bulat dan lampu utama bulat. Czar pula, diberikan gaya seakan-akan Vespa PX 150 yang kelihatan ‘old-school’ dan tulen. Ia turut menampilan tempat duduk tunggal yang kecil dan badan yang dibina dengan gaya asas. Lampu utama, lampu belakang dengan gaya lama, cermin pandang belakang bulat dengan penampilan retro Czar.

Cosmo dikuasakan oleh hub motor 2kW BLDC dan pek bateri litium-ion 2.16kWh dengan 40 batu per jam kelajuan tertinggi dan jarak sejauh 50 batu pada sekali pengecasan. Manakala Comet dan Czar pula mempunyai kelajuan maksima 53 batu per jam dan jarak sejauh 94 batu sekali pengecasan.

Bagaimanapun, kombinasi pek bateri dan motor elektrik yang didatangkan bersamanya sedikit berbeza. Czar merupakan motor paling berkuasa dengan output maksima 4kW dipadankan bersama pek bateri ion-litium 3.024kWh, manakala Comet pula menerima hub motor 3kW BLDC dan pek bateri litium-ion 3.6kWh.

Czar mempunyai sistem suspensi vintaj di bahagian hadapan, manakala Cosmo dan Comet mempunyai fork teleskopik konvensional. Dilengkapi dengan brek disk di kedua-dua bahagian, namun untuk Cosmo dan Comet pula didatangkan dengan brek disk di bahagian depan dan drum brek standard di bahagian belakang.

Skuter ini juga dilengkapi dengan pelbagai ciri menarik termasuk kluster instrumen LCD digital yang boleh disambungkan dengan aplikasi telefon pintar, penjejak masa sebenar, geofencing, keyless entry dan amaran kelajuan. Selain itu, terdapat tiga mod penunggangan iaitu Eco, Normal dan Sport serta sistem anti-curi dan banyak lagi.

Sumber : rideapart

Previous Post

Kaki Motor Tidak Lepas Peluang

Next Post

Yang Perlu Anda Ketahui

Next Post

Yang Perlu Anda Ketahui

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved