Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Yang Perlu Anda Ketahui

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2022-08-08
in BULETIN, UTAMA
0

Sebelum beria-ia untuk menukar tayar samada ke kedai ataupun membeli secara online, pastikah anda memilih tayar yang betul dan sesuai dengan model motosikal dan kaedah penggunaan harian? Persoalan dan jawapan yang harus anda ketahui adalah berdasarkan kepada apa yang menjadi kehendak, samada tayar yang dipilih itu memberi cengkaman yang terbaik?

Kali ini, RoadStar ingin berkongsi dengan pengguna motosikal mengenai jenama tayar CheetahKing dan pemilihan bunga tayar motor yang sesuai dengan kehendak dan penggunaan harian anda. Sekadar info, pelbagai jenis tayar motosikal yang anda boleh dapati sebenarnya mempunyai fungsi berbeza seperti cengkaman, bunga tayar dan bahan yang digunakan yang kebiasaanya dinilai dari sudut harga dan ketahanannya.

Malah, ada juga yang membandingkan jenama tayar dengan fungsi dan keadaan semasa. Sebagai perbandingan, jalan licin selepas hujan rekaan bunga tayar yang bagaimanakah memberi grip yang lebih, jikalau jalan berpasir, jalan kering bagaimana pula pilihan tayar yang harus kita gunakan untuk permukaan seperti itu.

Komentar RoadStar kali ini, ingin mengemukakan beberapa fakta dan infomasi terbaik mengenai 4 model tayar CheetahKing yang harus anda ketahui sebelum anda membuat keputusan memilih jenama sebaliknya.

Kin of The Rain
Model ini agak sinonim dengan keadaan cuaca yang agak ekstrem di negara kita. Malah, boleh dikatakan tayar jenis ini banyak digunakan oleh pemilik motosikal kapcai tempatan. Mengikut info dari rakan penulis yang telah memiliki tayar jenis ini, Kin of The Rain bagi model 6170 cukup berkesan dan mencengkam permukaan jalan raya ketika air hujan bertakung di atas jalan.

Melihat kepada corak bunga yang dipamerkan, ramai yang mengatakan model Kin 6170 samada dari jenis tiub atau tanpa tiub mempunyai rekaan bunga sports rain. Tidak hairanlah Kin 6170 mampu membantu si penunggang mendapat keyakinan dan keselamatan ketika mengharungi permukaan jalan raya yang basah.

Kin 6170 direka dengan dua garisan lurus di bahagian tengah tayar manakala di bahagian tepi dinding grafik berbentuk separa huruf V. Ia memberi kelebihan ketika menunggang di atas jalan raya yang basah kerana rekaan tayar ini membantu pengaliran air keluar seterusnya mengelakkan jentera anda hilang kawalan ketika mengharungi lopak air.

Selain itu, ia didatangkan pada dua model berbeza dan anda boleh memilih saiz yang sesuai dengan pilihan motosikal anda. Bagi mereka yang menggunakan tayar jenis tiub, pilihan Kin 6170 mempunyai dua model tayar berbeza iaitu 70/90 – 17 M/C (38P) dan 80/90 – 17 M/C (44P).

Manakala bagi tayar tanpa tiub (tubeless) ia hadir dalam dua saiz berbeza iaitu 14 inci (bagi jentera skuter) dan 17 inci. Bagi saiz jejari 14 inci, terdapat tiga saiz berbeza iaitu 70/90 – 14 TL (34P), 80/90 – 14 TL (40P), 90/90 – 14 TL (46P) manakala bagi saiz jejari 17 inci terdapat empat model berbeza iaitu 70/90 – 17 TL (38P), 80/90 – 17 TL (44P), 90/80 – 17 TL (46P) dan 120/70 – 17 TL 6PR(64S).

Kin of The Grip
Namanya sahaja sudah membuktikan ia sebuah tayar yang diakui mempunyai kelebihan dari segi cengkaman di atas jalan raya. Kin of The Grip memberi kelebihan kepada pengguna terutama bagi jentera dengan rim bersaiz 17 beraksi dengan penuh yakin.

Kelebihan pada tayar Kin of Grip dari model Kin 72 ini adalah pada bahagian sisi dinding tayar yang berbentuk 3D Diamond. Permukaan di bahagian diamond itu memberi kelebihan kepada cengkaman tayar ketika anda mengambil selekoh.

Kin 72 merupakan tayar yang cukup hangat di pasaran terutamanya kalangan pengguna jentera dua roda dalam segmen kapcai sederhana dan tinggi. Malah, faktor utama kebanyakkan mereka memilih Kin 72 adalah kerana ia membantu anda beraksi dengan penuh yakin.

Terdapat dua pilihan pada model ini iaitu tayar tiub atau tanpa tiub. Bagi pilihan tayar bertiub terdapat lima pilihan iaitu 60/80 – 17 (27P), 70/80 – 17 (35P), 80/80 – 17 (41P), 70/90 – 17 (38P) dan 80/90 – 17 (44P).

Manakala bagi pilihan tanpa tiub adalah seperti berikut; 60/80 – 17 TL (27P), 70/80 – 17 TL (35P), 80/80 – 17 TL (41P), 70/90 – 17 TL (38P), 80/90 – 17 TL (44P), 90/80 – 17 TL (46P), 100/70 – 17 TL (49P), 100/80 – 17 TL (52S), 110/70 – 17 TL (54S), 110/80 -17 TL (57S), 120/70 – 17 TL (64S) dan 140/70 – 17 TL (66S).

Sementara terdapat dua model pada saiz rim berbeza iaitu 70/90 – 14 TL (34P), 80/90 – 14 TL (40P) dan 90/90 – 14 TL (46P) manakala bagi saiz 16 pula terdapat tiga model berbeza iaitu 70/90 – 16 TL (36P), 80/90 – 16 TL (43P) dan 90/90 – 16 TL (48P).

Kin of The Sports
Salah satu tayar yang menjadi pilihan pemilik jentera kapchai hari ini adalah dari model Kin of The Sports. Model ini tergolong kepada kategori tayar berprestasi tinggi dan cukup sesuai untuk kegunaan di atas jalan raya dengan cuaca yang pelbagai.

Mendapat pengiktirafan ISO 9001:2008, tayar Kin of The Sports model Kin 6240 terdiri dari dua jenis iaitu tiub dan tanpa tiub. Kin 6240 hanya dibekalkan pada motosikal kapcai dengan saiz rim 17 dan juga saiz rim 14 bagi jenis tanpa tiub.

Kelebihan tayar jenis ini ialah ia cukup sesuai dengan pelbagai permukaan jalan raya dan sering dijadikan sebagai tayar harian bagi pemilik motosikal tempatan. Antara factor ia popular adalah daya tahan yang agak lama.

Model Kin 6240 juga cukup popular dalam kalangan pemilik jentera berkuasa 150cc dan ke atas. Dengan grafik bunga tayar yang seakan sambaran kilat, ia membantu pemilik motosikal menunggang dengan selamat dan penuh yakin tanpa mengira keadaan cuaca sekali pun.

Kin 6240 bagi jenis tiub terdiri dari saiz 50/90 – 17 (21P), 60/80 – 17 (27P) dan 60/90 – 17 (30P), 70/90 – 17 (38P) dan 80/90 – 17 (44P) sementara bagi jenis tanpa tiub (tubeless) terdapat 3 saiz rim berlainan iaitu 60/80 – 17 TL (27P), 70/80 – 17 TL (35P), 80/80 – 17 TL (41P), 50/90 – 17 TL (21P), 60/90 – 17 TL (30P), 70/90 – 17 TL (38P), 80/90 – 17 TL (44P), 90/80 – 17 TL (46P), 100/70 – 17 (49S), 100/80 -17 TL (52S), 110/70 – 17 TL (54S) dan 120/70 – 17T (58P).

Sementara bagi saiz rim 14 terdiri dari 70/90 – 14 TL (37P), 80/90 – 14 TL (40P) dan 90/90 – 14 TL (46P), 80/80 – 14 TL (37S), 90/80 – 14 TL (43S), 100/80 – 14 TL (48S), 110/80 – 14 TL (53S) dan 140/70 – 14 TL (62S) manakala bagi saiz 13 hanya dua model tersedia iaitu 110/70 – 13 TL (48P) dan 130/70 – 13 TL (57P).

Kin of The Trial
Sesuai untuk kegunaan offroad atau jalan luar (cross, enduro, trial), tayar jenis ini merangkumi kegunaan di semua permukaan rupa bumi dan ia dibuat dengan stud agar ia dapat memberikan apa yang anda perlukan terutamanya untuk mencengkam trek tanah dan jalan berpasir.

Selain dari itu, Kin of Trial mempunyai pilihan model yang pelbagai. Bermula dari model Kin 259, Kin 270, Kin 268, Kin 276, Kin 2001 dan Kin 2006, ia bersesuai dengan kehendak motosikal (saiz rim itu sendiri) dan kegunaan pengguna itu samada di atas jalan tarmac atau jalan raya berdebu.

Turut dikenali juga dengan nama tayar dual purpose iaitu tayar yang boleh digunakan dengan corak2 alam boleh digunakan pada jalanraya biasa dan juga jalan tanah. Tayar jenis bulat dan mempunyai rekaan lorekan tayar yang efektif pada permukaan yang disebut.

Untuk info mengenai tayar jenis ini, kegunaan tayar Trial sekadar 60% penggunaan jalan raya luar manakala hanya 40% sahaja ia mengguanakan penggunaan jalan raya biasa.

Bagi yang mahukan maklumat lanjut mengenai produk Cheetahking, boleh hubungi;
Teck Hin Motor Trading Sdn Bhd
Lot 11784, Jalan Pengkalan Nelayan, Kg. Nelayan,
42000 Telok Gong,
Selangor Darul Ehsan.
No Tel : +603 3134 1549 , 603 3134 1255
Whatsapp : +6012-246 1632
Emel : info@thm.com.my
Facebook : THM – Teck Hin Motor Trading Sdn Bhd
Website : https://www.thm.com.my/

Previous Post

Skuter Dengan Gaya Retro Dan Ciri-Ciri Menarik Pada Harga Mampu Milik

Next Post

Farish Cuba Kekalkan Kedudukan

Next Post

Farish Cuba Kekalkan Kedudukan

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved