PELBAGAI jenis alat ganti motosikal dan tawaran harga yang murah menjadi tarikan pengunjung ke Jualan Gudang MKA Group bertempat di Ibu Pejabat MKA Group, Puchong bermula hari ini sehingga 31 Julai.
Menarik pada jualan Gudang MKA Group kali ini, adalah setiap barangan mendapat diskaun sebanyak 80 peratus. Menurut seorang pengunjung, Sazali Ahmad dari Shah Alam, dia datang kerana teruja dengan potongan harga sebanyak itu dan ditambah dengan pelbagai jualan aksesori motosikal yang lain.
“Saya hadir ke sini kerana berminat dengan jenama Suomy dan sebelum ini pun saya ada menyimpan koleksi beberapa helmet lain seperti Arai, Shoei dan banyak lagi,”
“Kalau boleh, bukan sahaja MKA Group sahaja membuat jualan sebegini, malah lebih banyak jenama aksesori motosikal atau helmet tampil membuat jualan gudang sebegini,” ujarnya.
Antara barangan yang menjadi tumpuan pengunjung adalah topi keledar jenama Suomy, ARC dan KYT, baju hujan RCB, pelbagai alat ganti dan aksesori tambahan motosikal dari jenama RCB, Uma Racing, Sofili, Galfer dan CZ Chains.
Mereka yang berminat untuk mendapatkan barangan aksesori motosikal bolehlah mengunjungi Jualan Gudang MKA Group yang terletak di Puchong dari jam 9.30 pagi hingga jam 6.00 petang sehingga 31 Julai ini.