Sebanyak 12 buah motosikal kapcai C70 lampu bulat dan lampu petak yang terdiri dari ahli-ahli Club Antique Motor Kulim telah menjelajah ke sebuah negeri di pantai timur iaitu Terengganu. Program yang juga merupakan pakej 3 hari 2 malam ini diadakan selama 3 hari bermula dari 2 sehingga 4 Oktober lalu ke Kuala Terengganu.
Perjalanan dari Kulim ke Kuala Terengganu mengambil masa lebih kurang 9 jam lebih kerana para peserta konvoi terpaksa mengharungi hujan agak lebat sepanjang perjalanan. Setibanya di Petronas Bukit Bunga Kelantan, para peserta konvoi disambut oleh grup Terengganu Bikers Kapcai yang terdiri seramai 4 orang. Terima kasih diucapkan kepada En. Mohamad Azmi Bin Abdul Razak dan En. Saifulnizan Bin Harun, wakil dari Kelab Terengganu Bikers yang sentiasa bersama para peserta konvoi sejal dari awal sehingga ke akhir.
Para peserta konvoi diberi layanan yang cukup baik dan istimewa oleh Kelab Terengganu Bikers Kapcai di mana mereka dibawa melawat lokasi-lokasi menarik di Kuala Terengganu. Syukur, konvoi kali ini berjaya direalisasikan dengan idea dari pengerusi Club Antique Motor Kulim iaitu En. Abdul Razak Bin Buhari bersama ahli-ahli yang lain.
Bagi makluman, perjalanan ke Kuala Terengganu ini telah menerima tajaan dari Benzol Oil Lubricant Malaysia dan juga Kak Sal Sardin khususnya Puan Salmah Abu Bakar. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan di atas penglibatan dalam penjelajahan kali ini.
Untuk mengikuti kisah dan aktiviti selanjutnya, layari Facebook Club Antique Motor Kulim.