Banyak negeri sudah kita kembara, banyak juga motor yang sudah dilihat dan dikongsi bersama para pembaca setia majalah Roadstar. Kali ini, destinasi seterusnya adalah Kuala Kangsar. Apa yang menarik dan istimewa sangat Kuala Kangsar ni? Selain labu sayong dan masjid Ubudiah, ada satu lagi keistimewaan Kuala Kangsar yang menarik perhatian wakil majalah Roadstar ke sana iaitu sebuah motor Honda Wave 125 yang diberikan sentuhan Siam look!
Sejak kebelakangan ini, abam Bobby perhatikan ada sahaja model motor ni yang sememangnya sudah lama bertapak di Malaysia. Model apa tu? Honda Wave 125. Pada pandangan abam Bobby, motor ini memang menarik. Bukan sebijik dua, tetapi seakan menjadi trend pula motor Wave ini dijadikan Siam Look.
Bermula sebagai sebuah komuniti yang kecil, kini kian berkembang dan sebagaimana yang boleh dilihat di mana-mana sahaja di Malaysia kerana satunya, bahagian-bahagian motor ini tidak terlalu mahal dan mudah didapati. Keduanya, kalau nak buat ubahsuai pun senang. Model kapcai ini akan jadi lebih menarik kaw kaw kalau disolek. Kalau ada bajet lebih sikit, pamlah enjin barulah seiring dengan kosmetik dan performance.
Seperti yang dapat dilihat, motor ini adalah milih saudara Khaiyum dan Nasfaiq yang memilih Honda Wave 125 sebagai tempat luahan ekspresi 2 roda mereka. Khaiyum merupakan seorang penjawat awam, manakala Faiq pula seorang usahawan dalam bidang motor. Seperti yang dikatakan awal tadi, bila sudah berada dalam lingkungan dan komuniti maka semuanya menjadi lebih mudah terutamanya untuk mendapatkan part motor tertentu dan meneruskan projek siam ini.
Yalah, lazimnya nak buat projek Siam ini orang lebih suka ke Betong atau Danok tapi mustahil nak mengadap Wave ke sana hari-hari. Jadi, bila komuniti Wave Siam sudah bertapak di Malaysia, bertambah meriah dan ramai yang turut serta. Secara tidak langsung, menjimatkan perbelanjaan dan tak perlu pergi jauh-jauh semata-mata nak sempurnakan sebuah projek Wave Siam. Betul tak?
Bagi menyempurnakan Wave Siam, kedua-dua mereka telah mengubahsuai dari segi bodypart, suspensi, sistem brek, ekzos, rim dan juga tayar. Sekali pandang, memang garang dan hilang terus imej Malaysia. Ala… mesti korang pernah tengok stok abah-abah pergi masjid. Lebih kurang macam itulah. Transformasi yang dilakukan mereka ini memang lain dari yang lain, sekali gus menunjukkan betapa seriusnya mereka menuju ke arah gaya negara gajah putih.
Di sini dapat dilihat ada 2 varian siam yang berbeza dan jarang terdapat di Malaysia. Cuba perhatikan betul-betul, bahagian-bahagian yang ada pada motor ini lain daripada yang lain. Kalau ada yang nak tahu, boleh rujuk Khaiyum dan Faiq yang selalu meluangkan masa bersantai dan melepak di bengkel Rais Vespa di Kuala Kangsar.
Honda Wave 125 Siam
Spesifikasi
– Brembo brake pump
– Disc plate
– Caliper disc Brembo
– Thai coverset 2006 edition
– Rim Akront made in Spain
– Showa advantage absober
– Full CNC screw set
– Republish/ rebulid chassis like repaint repair touchup
– Engine STD touring
– Exhaust BankNakhosawan (BNS)
– Performance exhaust from thailand
– 65mm piston
– 30/26 custom head
– UMA Racing carb
– 2nd stage for touring ride