Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Konvoi Semarak Merdeka Melaka 2020

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-10-15
in BULETIN, UTAMA
0

63 tahun yang lalu (1957), Almarhum Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama, mengisytiharkan pemasyhuran kemerdekaan di Tanah Melayu. Dan disaksikan puluhan ribu rakyat yang berbilang kaum dan agama mengisytiharkan Persekutuan Tanah Melayu. Inilah yang diungkapkan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman yang disusuli dengan laungan keramat

“Merdeka… Merdeka… Merdeka!”

Pengisytiharan ini membuka lembaran baharu kepada tanah air sebagai sebuah negara merdeka, bebas dan berdaulat. Setelah dijajah selama ratusan tahun, rakyat mendapat kembali hak sebagai bangsa yang bermaruah serta dapat menentukan nasib diri, bangsa dan negara dengan pilihan sendiri tanpa dibelenggu oleh mana-mana kuasa lain.

Kemerdekaan adalah satu nikmat yang sangat besar seperti yang yang disebut oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman dalam pemasyhuran kemerdekaan di sini 63 tahun yang lalu, Malaysia hendaklah kekal merdeka dan berdaulat, dan seluruh rakyatnya aman, sejahtera dan sentosa selama-lamanya.

Oleh demikian, bagi memperingati pertistiwa bersejarah ini sabuah program Konvoi Semarak Merdeka Melaka 2020 telah diadakan pada 28 hingga 30 Ogos yang lalu. Dianjurkan oleh Fast Bikes Club & Reappear MC yang mendapat kerjasama dari Kementerian Perlancongan Seni Dan Budaya (MATIC), Bahagian Promosi Perlancongan Kerajaan Negeri Melaka Tourism Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan APM serta Agensi-agensi yang terlibat.

Sejumlah 50 buah motosikal berkuasa tinggi dengan deruman menggegarkan milik para peserta dari Negeri Sembilan telah terlibat dalam program ini. Bagi makluman, 50 buah motosikal ini bermaksud 50 tahun Rukun Negara dibina. Para peserta kebanyakkannya mewakili setiap negeri di Malaysia yang diketuai oleh En. Azahar Bin Ngah (Pengasas Fast Bike Club & Founder Reapper MC), serta Puan Fadziani Binti Ibrahim (Pengerusi Fast Bike Club). Turut disertai, salah seorang artis iaitu Man Raja Lawak turut hadir sekali gus menceriakan penganjuran konvoi ini yang diadakan buat kali ke-3 sejak diadakan dari tahun 2018.

Sesi pendaftaran dan taklimat semua para peserta bermula di Harley Davidson Petaling Jaya di sebelah pagi. Manakala acara perasmian dan gimik pelepasan Konvoi Semarak Merdeka Melaka 2020 oleh YB Dato’ Sri Hajar Nancy Shukri Menteri Pelancongan Malaysia di MATIC jalan Ampang diadakan di sebelah petang dengan penuh gilang-gemilang. Para peserta tiba di Melaka (MITC Hotel Ayer Keroh) lebih kurang jam 7.00 petang dan seterusnya bergerak ke Kafe Ronggeng Bukit baru Melaka pada jam 8.00 untuk makan malam. Kemudian, para peserta mengunjungi Melaka Night Safari Zoo sehingga jam 11.00 malam sebelum kembali semula ke MITC Hotel untuk berehat.

Pada hari kedua, program konvoi sebaik sahaja para peserta selesai bersarapan pagi. Para peserta bergerak menuju ke Kompleks JAPERUN Rembia untuk beramah mesra bersama penduduk setempat dan EXCO Pelancongan Warisan & Kebudayaan Negeri Melaka YB Datuk Muhammad Jailani Bin Khamis. Sekali lagi pelepasan peserta konvoi diadakan sebelum menuju ke Homestay Ayer Limau. Di Homestay Ayer Limau, pelbagai aktiviti disediakan seperti permainan tradisi, demo masakan, anyaman bakul dan tarian joget lambak menjadi tarikan utama. Sebelum meneruskan konvoi, para peserta dihidangkan makan tengah hari dengan menu tradisi masakan kampung.

Seterusnya, para peserta ke Pusat Konservasi Penyu Padang Kemuning untuk pembersihan tapak penetasan penyu dan membersihkan pantai Padang Kemuning. Selepas itu, para peserta bergerak ke Balai Cerap Al Khawarizmi untuk melawat tempat melihat anak bulan di Melaka dan hal ewal agama islam. Tidak lama kemudian, para peserta ke Melaka Tropical Fruit Farm, di sini aktiviti sukan rakyat dilangsungkan diantara semua para peserta konvoi. Sukan rakyat yg dimaksudkan ialah Bola sepak kain pelekat dengan buah kelapa (dalam sawah), boling padang dengan buah kelapa, melompat dalam guni, tarik tali dan macam-macam lagi. Para peserta turut disajikan dengan buah-buahan tempatan untuk dimakan sampai puas, baru balik ke MITC Hotel semula.

Acara malam kemuncak dan makan malam bersama YB Datuk Jailani di Chamek Kopitiam dimeriahkan lagi dengan dengan persembahan kebudayaan Melaka. Para peserta konvoi hendaklah memakai pakaian “Hari Kebangsaan” / “Pahlawan Merdeka” disertai majlis penyampaian sijil, cenderahati dan cabutan bertuah. Hadiah-hadiah cabutan seperti baucar Harley Davidson, baucar hotel di Genting Highland, barangan Givi serta lain-lain lagi. Tahniah kepada pemenang semua.

Hari terakhir, para peserta bergerak ke Taman Rama-rama Melaka dan melakukan aktiviti melepaskan rama-rama di pintu masuk. Diikuti sesi memberi makan kepada buaya dan terus bergerak ke Taman Mini Malaysia yang berdekatan kawasannya dengan aktiviti para peserta konvoi mengedarkan risalah dan promosi Pelancongan Dalam Negeri.

Seterusnya, para peserta konvoi bergerak menuju ke Perkampungan Hang Tuah dan disajikan pula dengan beberapa permaian tradisi rakyat serta makan beradat. Selepas itu, para peserta menuju ke Galeri Demang Abdul Ghani dan ke Sungai Kesang untuk aktiviti mengedarkan risalah kempen dan promosi Perlancongan dalam Negeri. Pada jam 5.00 petang, para peserta Konvoi Semarak Merdeka Melaka 2020 bergerak pulang semula menuju ke MATIC / Kuala Lumpur dan tiba lebih kurang sekitar jam 7.00 petang. Para peserta bersurai bersurai ke tempat masing-masing dengan selamat.

Konvoi Semarak Merdeka Melaka 2020 ini bertujuan menyemarakan semangat kemerdekaan dan cinta masyarakat terhadap negara Malaysia serta mempromosikan tempat-tempat menarik untuk pelancongan dalam Negeri. Sekalung tahniah diucapkan kepada Pengasas dan Pengerusi Fast Bike Club & Founder Reapper MC serta team Marshall. Para peserta telah berjaya melaksanakan program Konvoi Semarak Merdeka Melaka 2020 dengan cemerlang sekali dan berdisplin semasa di atas jalan . All the Best Bikers!

Previous Post

Tampil Warna Terbaharu Edisi 2021

Next Post

Siri Jelajah Club Antique Motor Kulim Dari Utara Ke Negeri Pantai Timur

Next Post

Siri Jelajah Club Antique Motor Kulim Dari Utara Ke Negeri Pantai Timur

CAPAIAN

  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved