Gabungan lapan buah kelab Retro, maka tertubuhlah Pailang ¾ Ghombau. Ditubuhkan sejak Januari 2013, kelab yang mementingkan hubungan persaudaraan di antara ahli kelabnya ini dianggotai seramai 53 orang yang datang dari Negeri Sembilan, Melaka, Kluang, Klang, Shah Alam, Kuala Lumpur dan Ipoh.

Berpegang kepada slogan “Satu Hati, Satu Jiwa, Satu Perjuangan”, Pailang ¾ Ghombau ini sangat aktif dalam melakukan aktiviti untuk merealisasikan aktiviti sihat demi persahabatan serta demi dunia permotoran. Antara aktiviti yang dimaksudkan termasuklah ‘Ride Amal’ dan juga autoshow serta perhimpunan.


















