Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Serba Baharu Dengan Ciri-ciri Moden

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2023-10-06
in BULETIN, UTAMA
0

Kenderaan bermotor atau motosikal sememangnya menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia sama ada jentera berkuasa kecil mahupun besar. Kebanyakan masyarakat pada hari ini menggunakan jentera dua roda sebegini sebagai pengangkutan utama selain kereta dan pengangkutan awam. Malah, motosikal merupakan pilihan utama kebanyakan rakyat di Malaysia sama ada selaku pengangkutan utama berulang-alik ke tempat kerja mahupun jentera utama bagi mereka yang membuat aktiviti pengangkutan seperti penghantaran atau e-hailing.

Atas itu, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) tampil lebih awal dengan memperkenalkan motosikal berkuasa kecil atau ‘kapcai’ dengan kehadiran model Yamaha EZ115 serba baharu dengan padanan ciri-ciri terkini dan moden. Untuk info pembaca, kalangan rakyat Malaysia terutama yang tinggal di bandar besar memilih untuk menggunakan motosikal sebagai pilihan utama bagi menghindari kesesakan jalan raya selain industri penghantaran (p-hailing) yang semakin meluas permintaannya.

Penulis diberi kesempatan oleh HLYM untuk menunggang uji motosikal Yamaha EZ115. Terima kasih buat kakitangan HLYM juga seperti Cik Aishah Abdul Jalil dan Zharif Zaini, yang memberi ruang dan peluang kepada RoadStar dan penulis menunggang uji Yamaha EZ115 bagi tempoh beberapa hari yang ditetapkan.

GAYA RINGKAS NAMUN TETAP SPORTi
Tidak dinafikan, salah satu tarikan kepada jentera terbaharu yang ditonjolkan oleh mana-mana pengeluar adalah dari segi keterampilan. Sekali pun model ini jauh berbeza berbanding rekaan lama, EZ115 tetap tampil dengan gaya kemasan yang agak sporti sekali pun penampilan yang ditonjolkan cukup ringkas.

Bagi membuktikan EZ115 sebuah kapcai pelbagai guna adalah lebih baik menjadikan ia sebagai kegunaan harian terlebih. Justeru itu, penulis kerap menggunakan jentera ini untuk aktiviti harian seperti membeli barangan basah, menghantar anak ke sekolah, berulang alik ke tempat kerja sehingga ke surau berdekatan kediaman.

Menunggang model terbaharu Yamaha ini dalam kehidupan seharian, membuatkan penulis lebih merasai apa yang terdapat pada jentera ini. Sebagai jentera untuk kegunaan harian, penulis memerah kapcai ini mengharungi jalan-jalan bandar dan lebuh raya mahu pun kawasan persekitaran taman.

Ya… dari segi tunggang dan keselesaan ketika beraksi, penulis tidak nafikan ia cukup selesa. Mungkin ia banyak dipengaruhi gaya kedudukan pununggang. Malah, EZ115 yang dibekalkan pelana tempat duduk jenis ergonomik menjadikan ia mudah dikendalikan.

Senang dan mudah dikendalikan mungkin sudah cukup untuk penulis katakan. Dari panel meter yang tersedia dengan pelbagai info seperti lampu indicator ECO (bahan api dan bateri) kedudukan gear, meter kelajuan dan juga lampu yang terang ketika di waktu malam memudahkan penulis dan juga bakal pengguna lain.

Begitu juga dengan akses lain seperti kunci akses yang berada di kedudukan sama bagi kegunaan membuka tempat duduk dan tangki bahan api, kebuk bawah tempat duduk bagi kegunaan penyimpanan barangan kecil seperti beg galas, telefon pintar malah dokumen penting tatkala berlakunya cuaca buruk semasa dipertengahan jalan.

PENAMPILAN YANG BERGAYA
Mungkin evolusi penampilan terkini sudah jauh ke depan. Berbeza dengan model Lagenda sebelum ini, penampilan EZ115 nyata jauh lebih sporti. Tidak dinafikan, ada juga membandingkan antara kedua-dua model terbabit. Namun pandangan dan pendapat seseorang adalah hak mereka namun ia bukan justifikasi sebenar.

Banyak yang penulis fikirkan bahawa EZ115 mempunyai karisma tersendiri. Bukan sahaja keterampilan malah model kapcai ini dipenuhi dengan beberapa ciri yang penulis anggap mampu menambahkan lagi gaya dan versatil sesebuah jentera kecil. EZ115 menampilkan lampu isyarat jenis halogen pada bahagian fairing manakala isyarat lampu di bahagian belakang terpisah dengan lampu utama. Roda pula dipadankan dengan rim sukan jenis lima bilah persis generasi berkuasa dalam keluarga Yamaha.

Bagi memudahkan pengguna yang berlainan jantina, EZ115 dibekalkan dengan penghidup elektrik dan jenis tendang bagi kelancaran dan memudahkan penunggang untuk memulakan aksi awal perjalanan. Sistem pemberhentian juga, bagi penulis amat meyakinkan dan cukup efisyen. EZ115 dibekalkan dengan brek cakera di hadapan. Manakala sistem brek drum digunakan untuk roda belakang masih boleh dipuji kerana ia mampu memberi pemberhentian dengan optimum.

Sebagai pemilik dan juga penunggang motosikal kecil dan besar, penulis cukup memahami keperluan yang mahu dimiliki oleh seorang pembeli baharu. Sekali pun ia bukanlah sesuatu yang baharu namun sekurang-kurangnya EZ115 masih mengekalkan keperluan terbabit.

Apa yang cuba penulis lontarkan adalah ruang simpanan bawah tempat duduk yang terdapat pada EZ115 ini. Biar isu ini agak kecil, namun bagi pengguna, ia satu kegunaan yang amat perlu bagi mereka. Pelbagai faedah yang diperolehi dengan kotak sekecil yang terdapat di bawah pelana tempat duduk.

TRANMISI KUASA YANG AGAK TERHAD
Sebelum ini, ramai netizen yang memberi pelbagai maklum balas tentang keupayaan jentera EZ115. Sekali pun model ini dilengkapi dengan enjin Fi EU4 yang dikhabarkan berprestasi dan agak lasak, ia tidak menggambarkan prestasi sebenar ketika penulis membuat sesi uji.

Apa yang mahu penulis kata adalah berkenaan kelajuan yang hanya mencapai angka di bawah 100 km/j sahaja tatkala berat penulis sekadar di bawah 80 kilogram sahaja. Namun menyentuh aspek lain, ia masih dianggap positif sepanjang 5 hingga 6 hari sesi tunggang uji yang penulis lakukan.

Secara jujur, kelajuan yang penulis catatkan adalah di bawah 100 kilometer/sejam (km/j). Angka itu adalah catatan jujur yang penulis ungkaikan. Maklum balas dari rakan-rakan penulis yang lain juga turut menyokong rekod penulis, malah ada juga yang mencatat angka lebih rendah mengambil kira faktor berat badan masing-masing.

Atas kertas, EZ115 dikuasakan dengan enjin 114 cc, silinder tunggal, sejukan udara, empat lejang, suntikan bahan api (FI) SOHC yang menjana kuasa 8.7PS pada 7,000 rpm dan tork 9.5Nm pada 7,000 rpm. Pertukaran gear juga amat mudah. Untuk mencelah di antara kenderaan lain, EZ115 ternyata ‘champion’ dalam isu ini. Menerusi gear empat kelajuannya jenis rotary adalah lancar selain mudah bagi pertukaran gear terutama ketika mengharungi kesesakan jalan raya dalam bandar.

EZ115 dibekalkan kerangka backbone sementara sistem suspensi hadapan jenis teleskopik manakala lengan ayun di bahagian belakang. Aspek ini memberikan keselesaan sekali pun bukan pada tahap yang memuaskan ketika anda mengharungi, laluan beralun atau tidak rata mahu pun ketika melintasi ‘zebra’ di atas jalan raya.

Tangki bahan api EZ115 adalah sebanyak 3.9 liter atau RM8 (RON95) dan sedikit terkilan kerana penulis tidak mencatatkan rekod sejauh mana ia mampu membawa dengan pengisian satu tangki penuh. Biar pun ia agak subjektif, (bergantung berat dan kelajuan yang dibawa) mungkin angka itu boleh mengungkai sejauh mana EZ115 dikatakan efisien dan memenuhi segalanya.

HARGA YANG EKONOMIK DAN MUDAH DIKENDALIKAN
Untuk info pembaca, penulis masih mempunyai sebuah jentera Lagenda 115Z yang kini sudah berusia 13 tahun dan hal itu menjadikan model EZ115 amat dekat dengan diri penulis. Sekali pun berbeza DNA, namun platform dan objektif kehadiran model ini masih sama.

Yamaha EZ115 menurut perseptif penulis merupakan jentera dari jenis kapcai untuk warga marhaen, murah dari aspek penyelenggaraan dan bahan bakar serta cukup mudah untuk dikendalikan tanpa mengira gender. Dengan harga RM5,598 (atas jalan tanpa insurans), EZ115 bagi penulis adalah jentera asas yang memiliki pelbagai kegunaan. Sudah tentu kelasakan terutamanya dari segi enjin menjadi faktor terpenting untuk kebanyakan pengguna apabila memikirkan jentera yang sesuai untuk kegunaan harian.

Selain faktor kelasakan enjin, keselesaan dan penampilan model itu sendiri turut menjadi x-faktor sesuatu model. Penulis dapat simpulkan bahawa EZ115 mencakupi elemen yang dikehendaki oleh mereka yang tercari-cari jentera sesuai dengan bajet yang ditawarkan.

Begitu pun, penulis tetap positif dan menyifatkan model EZ115, bukan sahaja menjadi pilihan bagi mereka yang berkerjaya malah turut mendorong kalangan ibu bapa untuk membuat pilihan yang tepat membelikan anak-anak mereka sama ada yang masih menuntut di institut pengajian tempatan atau di peringkat sekolah.

Pilihan ini dilihat agak bijak memandangkan EZ115 merupakan sebuah jentera yang mencakupi ciri-ciri seperti penampilan yang bergaya, versatiliti, tunggangan yang selesa dan harga yang cukup ekonomi bagi sebuah jentera moden hari ini.

Spesifikasi Yamaha EZ115
Enjin
Jenis Enjin : Sejukan Udaran, 4-Lejang, SOHC, 2-Injap
Susunan Silinder : Silinder Tunggal
Lubang x Lejang : 50.0 x 57.9 mm
Nisbah Mampatan : 9.3:1
Kuasa Maksimum : 6.4 kW (8.7 PS) / 7,000 r/min
Tork Maksimum : 9.5N.m/5,500 r/min
Sistem Penghidup : Elektrik & Tendang
Sistem Pelinciran : Takungan Basah
Isi Tangki Minyak Enjin : 1.0L
Kapasiti Tangki Bahan Api : 3.9L
Sistem Bekalan Bahan Api : Suntikan Bahan Api
Jenis Klac : Basah, Multiple-dics & Centrifugal Automatic
Jenis Transmisi : Constant Mesh 4-Kelajuan / Rotary

Kerangka
Jenis Kerangka : Backbone
Saiz Tayar Hadapan : 70/90-17MC 38P
Saiz Tayar Belakang : 80/90-17M/C 50P
Jenis Brek Depan/Belakang : Cakera Tungga Hidraulik/Drum
Jenis Suspensi Depan/Belakang : Teleskopik/Lengan Buai

Dimensi
Panjang x Lebar x Tinggi Keseluruhan : 1,940 mm x 715 mm x 1,090 mm
Jarak Roda : 1,235 mm
Jarak Minimum dari Tanah : 155 mm
Tinggi Tempat Duduk : 775 mm
Berat Isi : 98 kg

Previous Post

Sahabat-sahabat Yang Meraikan Kenangan Pengembaraan Bersama-sama

Next Post

Dapat Kemasan Terkini, Harga Kekal

Next Post

Dapat Kemasan Terkini, Harga Kekal

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved