Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Sahabat-sahabat Yang Meraikan Kenangan Pengembaraan Bersama-sama

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2023-10-05
in BULETIN, UTAMA
0

Berasal dari Kuala Lumpur, Kelab Kebajikan Bersatu Jalinan Malaysia atau KBJM Bikers Kelab mula ditubuhkan pada 11 Mac 2022. Mula beroperasi dan bergiat aktif dalam dunia permotoran dengan tujuan mengukuhkan ukhuwah serta merapatkan hubungan persaudaraan umpama adik-beradik di antara sahabat. Selain itu menekankan sikap tolong menolong serta membantu sesama ahli.

Bagi makluman, tiada bayaran dikenakan untuk menjadi ahli KBJM sebaliknya cuma perlu membeli sehelai baju-T KBJM Bikers sahaja. Sejak penubuhannya, KBJM Bikers Kelab mencatatkan seramai 80 orang ahli terdiri daripada pelbagai kategori jentera tanpa mengira perbezaan serta kelajuan jentera masing-masing.

Sempena sambutan Hari Malaysia, sejumlah 25 unit jentera dari Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kedah telah bersatu hati menganjurkan konvoi bermotosikal jelajah Ride Kembara Selatan dalam Misi Menikmatii Nasi Pakistan No 1 Batu Pahat. Konvoi ke Batu Pahat ini memakan masa selama 2 hari 1 malam dan para peserta telah menginap di Homestay Taman Tanah Merah. Peluang ini digunakan para peserta untuk berehat, mengenali antara ahli-ahli baru dan lama yang turut menyertai konvoi ini.

Perjalanan bermula sekitar jam 8.00 pagi di RV 1 kawasan Rehat & Rawat di Seremban. Sebelum memulakan perjalanan, Marshall utama KBJM Bikers yang sinonim dengan panggilan Abang Bob telah memberi taklimat serta garis panduan disiplin di jalan raya. Doa perjalanan turut dibacakan Presiden KBJM, iaitu En. Mohamad Rodzi Bin Hussain terlebih dahulu. Semua peserta berada dalam keadaan bersedia “on the bike” dan dilepaskan pada jam 9.30 pagi.

Cuaca yang sangat baik mengiringi pada peserta konvoi yang bersyukur dengan perancangan Allah dan berhenti di Check Point di kawasan Rehat & Rawat Ayer Keroh serta Pagoh sebelum tiba di Batu Pahat sekitar jam 1.00 tengah hari. Bagi mengisi waktu lapang selepas menikmati hidangan makan malam yang ditempah di Warung Tomyam Kelapa Muda Batu Pahat, ahli-ahli kelab bersantai di Bazar Karat Batu Pahat Jalan Ibrahim sambil melayan busking sehingga 12 tengah malam dan pulang ke homestay untuk berehat.

Keesokan harinya iaitu pada 17 September, KBJM Bikers bergerak pulang ke Kuala Lumpur dan singgah di Mee Bandung Fuad/Manishah Khamisah di Parit Bulat Muar dan berpisah di kawasan Rehat & Rawat Seremban pada jam 6.00 petang. Bukan menghabiskan masa tanpa sebarang tujuan sia-sia, sebaliknya konvoi bermotosikal ke pelbagai destinasi dipenuhi pengisian bermakna.

Kelab sentiasa aktif dengan pelbagai program serta aktiviti dan salah satunya konvoi. Jika tiada aral melintang, sebuah lagi aktiviti konvoi merentas sempadan ke Pak Bara Satun Hatyai akan dilaksanakan pada 10 November ini. Bukan itu sahaja, banyak lagi aktiviti dan program berkonvoi lain yang akan dirancang dari masa ke masa.

Bagi makluman, KBJM Bikers juga pernah berkonvoi ke Kuantan dengan kekuatan 10 unit jentera pada Julai 2023 dan sebelum itu ke Tanjong Karang dengan kekuatan 10 unit jentera pada Januari 2023 juga ke Tanjung Malim/Batu Gajah dengan kekuatan 3 unit jentera.

Dengan adanya program berkonvoi oleh pihak kelab, ahli-ahli dilatih mendisiplinkan diri, diuji dengan ketahanan fizikal dan mental, semangat setia kawan serta menanamkan sifat sabar dan bertolak ansur dalam berkonvoi. Patuh segala arahan daripada Marshall, bijak mengawal emosi, sentiasa tenang dan banyak beristighfar dalam apa juga kegiatan berkonvoi. Semua akan diredhai dan direstui Allah, dengan izin-Nya.

Berpegang kepada motto atau kata-kata semangat, Friends Adventure Memories akan meninggalkan kenangan manis dalam pengembaraan berkonvoi bersama sahabat-sahabat. Semoga KBJM Bikers Kelab menjadi salah sebuah kelab konvoi bermotosikal paling aktif dan yang terbaik!

Previous Post

Pengalaman Dan Kenangan Dicipta Bersama

Next Post

Serba Baharu Dengan Ciri-ciri Moden

Next Post

Serba Baharu Dengan Ciri-ciri Moden

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved