Segmen motosikal kapcai terus meriah dengan kehadiran model sedia ada yang diperkemaskan. Model yang dibina dan dikhususkan untuk rakyat Malaysia dan sinonim dengan jentera serbaguna, kini anda boleh miliki dengan penawaran yang lebih baik.
Yamaha 135LC Fi dan model SE (Special Edition) telah diberi kemasan terkini oleh pengeluar
jentera Yamaha, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) khususnya bagi model untuk versi
2023.
Begitupun, kemasan terbaharu yang dijalankan hanya membabitkan kosmetik; iaitu membabitkan pilihan ton warna dan grafik baharu yang didakwa lebih menarik perhatian terutamanya golongan penunggang muda.
Tiga pilihan warna baharu untuk Yamaha 135LC Fi (2023) Standard adalah Cyan, White; dan Navy. Sementara itu, bagi varian SE, pilihan warna tunggal yang ditawarkan adalah Blue. Berikut adalah harga yang diumumkan seperti berikut:
Yamaha 135LC Fi (2023) Standard – RM 8,298 (asas)
Yamaha 135LC Fi (2023) SE – RM 8,798 (asas)
Sebagai rekod, harga yang diumumkan oleh HLYM menyaksikan tiada peningkatan harga untuk varian Standard namun bagi varian SE, berlaku kenaikan RM 100 berbanding versi sebelum ini.
Kedua-dua harga yang disebutkan di atas bagaimanapun tidak termasuk yuran pendaftaran, cukai jalan dan perlindungan insuran. Untuk info, tiada perubahan yang berlaku di bahagian trenkuasa dengan Yamaha 135LC Fi, SE (2023) masih dijana enjin Euro4 bersesaran 135 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan yang digandingkan dengan transmisi 4 kelajuan klac auto.
Kuasa yang dihasilkan adalah 12.5 Hp pada 8,000 rpm dan tork 12.2 Nm pada 6,000 rpm.
Setiap pemilik berpeluang mendapat kunci cakera keselamatan Yamaha berminat RM 100
bagi varian Standard namun varian SE, pembeli turut memperoleh Visor Sports; selain; Yamaha Premium Basket;.
Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan model kapchai yang diperbaharui ini, Yamaha 135LC Fi, SE (2023) sudah pun berada di cawangan pengedar rasmi HLYM hari ini.