Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Seorang Lagi Superman Dipenjara

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-07-17
in BULETIN, UTAMA
0

Seorang Lagi Superman Dipenjara

Seorang penganggur dipenjara sehari dan denda RM5,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya dengan beraksi seperti ‘Superman’ di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) di sini bulan lepas.

Majistret Puteri Nursheila Rahim memerintahkan Noor Irfan Qayyum Noor Affandy, 22, menjalani hukuman itu bermula hari ini selain lesen memandu tertuduh digantung selama setahun dan jika gagal membayar denda, dia boleh dipenjara lima bulan.

Dia dituduh menunggang motosikal secara melulu dan membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain di lebuh raya itu pada 12.55 tengah malam, 1 Jun lepas.

Gambar Hiasan

Pertuduhan itu di bawah Seksyen 42(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda sehingga RM15,000 serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu untuk sekurang-kurangnya dua tahun.

Terdahulu, Noor Irfan Qayyum yang tidak diwakili peguam berkata dia menyesal dan memohon hukuman ringan, bagaimanapun pegawai pendakwa Inspektor Abdullah Khazali memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.

Menurut fakta kes, tertuduh ditahan semasa Op Samseng yang dijalankan polis di lebuh raya itu. Sementara itu, dalam mahkamah yang sama, seorang lagi penganggur Mohamad Azuan Amando, 19, diarahkan menjalani perintah khidmat masyarakat selama 180 jam kerana menunggang motosikal secara melulu dengan melakukan aksi ‘wheelie’ di Jalan Raja Laut di sini pada 1.51 pagi, 26 Ogos 2019.

Tertuduh juga diarahkan membayar RM3,000 sebagai cagaran dan perlu menyelesaikan khidmat masyarakat itu selama 12 bulan, selain dilarang memohon lesen memandu baharu selama dua tahun. Dia didakwa di bawah Seksyen 42(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — BERNAMA

Previous Post

Fabio Quartararo Dan Franco Morbidelli Sasar Keputusan Positif

Next Post

KTN Z ONE S 200

Next Post

KTN Z ONE S 200

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved