Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Fabio Quartararo Dan Franco Morbidelli Sasar Keputusan Positif

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-07-16
in BULETIN, UTAMA
0

Dua pelumba Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli masing-masing menyasarkan untuk memperoleh keputusan positif dalam Kejuaraan Dunia MotoGP yang disambung semula hujung minggu ini di Litar Jerez, Sepanyol. Quartararo, yang meraih petak pertama dalam sesi kelayakan tahun lepas, tetap optimis dengan peluangnya untuk memenangi podium pada Grand Prix (GP) Sepanyol.

“Semasa tempoh perintah berkurung, saya banyak melakukan latihan kardio, malahan saya juga tidak berlatih menggunakan motosikal beberapa minggu lepas sebab saya tidak mahu mengambil risiko.

“Saya berasa cukup bersedia untuk perlumbaan ini dan saya masih ingat kali terakhir saya menggunakan (jentera) YZR-M1 semasa sesi ujian rasmi di Qatar, ia adalah simulasi untuk perlumbaan dan saya berasa yakin,” katanya dalam kenyataan media pasukan itu, hari ini.

Sementara Morbidelli, yang menyambung kontraknya bersama pasukan itu sehingga 2022 baru-baru ini, berharap keputusan positif yang diperoleh semasa sesi ujian pramusim MotoGP di Qatar dan Malaysia awal musim ini, akan menjadi dorongan utama untuk beliau beraksi cemerlang pada perlumbaan hujung minggu ini.

“Kita perlu pantas mencapai kelajuan kerana tidak ada terlalu banyak masa sebelum perlumbaan pada Ahad untuk kembali membiasakan diri dengan motosikal itu.

“Setiap perlumbaan MotoGP adalah sangat mencabar tetapi kali ini cabarannya adalah berbeza. Ia akan menjadi perlumbaan yang sama untuk semua pelumba kerana ia tidak memberi kelebihan atau kekurangan kepada sesiapa pun,” kata pelumba berusia 25 tahun dari Itali, yang menamatkan saingan di tempat ketujuh pada perlumbaan yang sama musim lepas.

Baru-baru ini, Dorna Sports, pemegang hak eksklusif komersial dan televisyen MotoGP, telah mengubah semula jadual perlumbaan MotoGP 2020 dan Litar Jerez akan menjadi tuan rumah untuk dua perlumbaan berturut-turut iaitu GP Sepanyol (16-19 Julai) dan GP Andalusia (24-26 Julai). — BERNAMA

Previous Post

CMC Tekken 250 Sahut Cabaran!

Next Post

Seorang Lagi Superman Dipenjara

Next Post

Seorang Lagi Superman Dipenjara

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved