Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

KTN Z ONE S 200

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-07-17
in SHOW OFF, UTAMA
0

KTN Z ONE S 200

Apa jenama motosikal ini? Apa kemampuannya? Golongan manakah yang menjadi sasaran pengeluar motosikal ini? Atau mungkinkah ianya merupakan salah sebuah model terbaharu yang paling sporty di pasaran negara kita ketika ini?

Ini kali pertama saya diberi peluang dan kepercayaan untuk menunggang uji jentera keluaran KTN. Saya belum pernah lihat motosikal ini di jalanraya, apatah lagi mendengarkan sebarang komen dari rakan-rakan yang pernah menguji atau mereka yang memilikinya. Reka bentuknya cukup cantik dan sporty. KTN Z ONE S 200 merupakan motor jenis naked.

Sejarah motosikal ini asalnya dari negara China dan pemasangannya dilakukan di negara kita. KTNS Holdings Sdn Bhd telah membawa masuk model dan merupakan pengedar utama di Malaysia. Jadi kepada pemilik atau mereka yang meminati model ini sudah tentu tertanya-tanya tentang alat gantian dan bengkel bertauliah untuk servis. Ia adalah faktor utama yang sering bermain di minda setiap individu khususnya yang ingin membeli motosikal. Apatah lagi jenama motosikal tersebut masih baru di pasaran negara. Mforce Bike Holdings Sdn Bhd telah dilantik sebagai Pusat Servis bertauliah serta menyediakan alat gantian bagi setiap model keluaran KTNS. Jadi, segala persoalan dan kerisauan tentang pusat servis bertauliah dan keperluan barang gantian tidak lagi menjadi satu masalah kepada pemilik motosikal KTN.

KTN Z ONE S 200 merupakan sebuah model naked dan sangat sesuai untuk mereka yang mendambakan kelajuan. Namun, ia bukanlah model permulaan bagi mereka yang mula berjinak dengan dunia motosikal berkuasa tinggi. Dengan berat hanya 130kg, model ini cukup mudah untuk dikendalikan. Ujian tunggangan terhadap model ini saya lakukan dalam pelbagai keadaan. Bersesuaian dengan musim hujan, maka ujian terhadap motosikal ini menjadi semakin mencabar terutama dari aspek keselamatan. Sebagaimana rutin sebelum menghidupkan enjin motosikal, saya meneliti secara terperinci. Ternyata teknologi yang terdapat di KTN Z ONE S 200 masih mengekalkan beberapa ciri lama. Hasil penelitian, terdapat 3 komponen yang ditemukan; Kaburetor, kick Starter, Sparecord dan paling istimewa suis lampu dihidupkan secara manual. Satu langkah bijak penjimatan dilaksanakan ke atas motosikal ini.

Enjin dihidupkan, terhidang di depan mata panel digital meter yang dikembarkan dengan meter penalaan enjin secara analog. Dalam panel digital meter memaparkan panduan sukatan minyak. Sedangkan sparecord sudah siap terpasang di tepi tangki minyak motosikal. Gear indicator sebagai panduan juga terpapar di meter tersebut. Enjin 1 silinder dan 4 stroke ini dilengkapi dengan sistem penyejuk angin atau Air cooling. Jangan terkejut, motosikal ini hanya terdapat 5 transmisi gear. Tunggang uji yang pertama saya lakukan pada waktu malam untuk menguji sejauh mana simbahan cahaya lampu depan ketika lampu rendah dan lampu tinggi (High Beam) digunakan.

Nampaknya ujian di malam hari memang tepat. Sepanjang ujian sejauh 70km, nasib tidak menyebelahi saya kerana terpaksa meredah hujan yang amat lebat serta jarak penglihatan yang begitu terhad. Di situasi sebegini lampu Tinggi (High Beam) terpaksa digunakan. Kaget juga apabila melihatkan simbahan cahaya yang dikeluarkan lampu tinggi. Cahaya yang cukup terang, ditambah pula dengan jarak simbahan yang jauh ke depan dan betul-betul fokus 90 peratus hala tuju tunggangan. Keyakinan menunggang di situasi sebegini cukup tinggi dengan bantuan simbahan cahaya lampu yang harus diberikan pujian.

Sebenarnya berdepan dengan situasi meredah hujan lebat ini memberikan peluang beberapa ujian dijalankan serentak. Selain ujian terhadap lampu, sistem brek juga turut diuji. Cakera tunggal di depan dan Cakera tunggal di belakang berfungsi dengan baik walaupun mengharungi lopak air yang dalam. Sistem enjin Air-Cooling atau penyejukan enjin melalui angin. Sudah semestinya memberi kelebihan ketika berdepan dengan situasi sebegini. Kestabilan ketika menunggang dalam hujan lebat betul-betul memerlukan tumpuan dan fokus terutama sekali di permukaan jalanraya yang tinggi dan rendah. Lazimnya, jalanraya yang rendah air mudah bertakung serta cukup membahayakan ketika meredahinya. Jadi di sini, tayar yang digunakan pada setiap motosikal memainkan peranan penting bagi mengawal kestabilan. Penggunaan tayar bersaiz 90/90/17 di depan dan 110/80/17 di belakang amat sesuai bagi motosikal ini. Kedudukan handle bar yang cukup selesa membuatkan badan kita tidak terlalu bongkok dan letih semasa menunggang. Di mana saya merasakan seolah-olah seperti menunggang kapcai.

Bagi mereka yang memerlukan sebuah motosikal untuk kegunaan ulang alik ke tempat kerja demi mengelakkan kesesakan jalanraya, KTN Z ONE S 200 merupakan pilihan yang bijak. Motosikal yang beratnya 130kg ini cukup mudah ketika mengambil selekoh dan hanya memerlukan kawalan ringkas. Tangki minyak yang nampak slim namun mampu menampung 18 liter minyak. Penjimatan minyak amat ketara pada motosikal ini. Tunggang uji sejauh 232km hanya memerlukan modal sebanyak RM19 sahaja. Rekabentuk lampu belakang LED yang cukup unik menambahkan lagi keanggunan rupa bentuk motosikal ini. Keseluruhan hasil tunggang uji yang dilakukan selama 2 minggu ini memberikan impak yang positif. Model ini merupakan saingan dan cabaran kepada pengeluar motosikal lain di pasaran negara kita. Ilham cipta jurutera KTN Z ONE S 200 ternyata berjaya memenuhi citarasa di zaman Millenium.

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Roadstar edisi 29

Previous Post

Seorang Lagi Superman Dipenjara

Next Post

Japstyle Acap!

Next Post

Japstyle Acap!

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved