Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Semangat Papa Ribena dan Nimota 150

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-04-05
in SHOW OFF, UTAMA
0

Dunia permotoran bukan sahaja untuk golongan dewasa, malah juga mampu menarik minat kanak-kanak. Ini terbukti dengan adanya perlumbaan motosikal kecil, Pocket Bike. Hari ini kita melihat pelbagai syarikat dalam memperkenalkan produk masing-masing menggunakan kanak-kanak sebagai ikon. Begitu juga dengan paparan kali ini, dimana kanak-kanak merupakan sumber inspirasi kepada pemilik motosikal dalam memperagakan motosikalnya.

Perniagaan merupakan kerjayanya, namun apabila sudah dilabelkan mat motor, maka hati dan sanubari tidak dapat dipisahkan dengan minat yang sebati sejak sekian lama. ‘Biarlah tak bergerak ke mana pun, janji celik mata pagi jenguk motor ada di depan mata, itu sudah cukup dan beri kepuasan. Di awal usia 40-an bukanlah satu masalah atau penghalang baginya untuk bergaul serta beriadah bersama golongan muda. Hormat dan saling bekerjasama merupakan kunci utama bila berkawan dengan golongan yang lebih muda. Itu prinsip yang diamalkan Nik Ibrahim Nik Hassan atau lebih dikenali dengan gelaran Papa kerana usia beliau yang paling senior dalam kelab.

Lantaran sifat semulajadi yang menyayangi kanak-kanak, Papa menzahirkan sesuatu demi menyuntik semangat pada mereka agar menyintai hobi yang sihat dan berfaedah. Kami berkesempatan berjumpa Papa dan grupnya di Kota Tinggi, Johor. Kami tertarik apabila melihatkan begitu ramai kanak-kanak bergambar dengan Papa di sebelah motosikalnya.

Motosikal Nimota 150 milik Papa meletakkan gambar kanak-kanak Ribena di motornya sebaik melihat keletah anak-anaknya setiap kali iklan Ribena disiarkan di tv. Hampir 2 minggu proses untuk menyiapkan motosikalnya sehingga kelihatan seperti sekarang. Proses mengecat dilakukan sendiri, sementara projek airbrush, beliau telah memberi kepercayaan kepada pakar-pakar dari bengkel Report Evelort iaitu sebuah bengkel yang terkenal dalam bidang airbrush di Melaka

Menurut Papa, kos untuk menyiapkan motosikal ini lebih kurang 2k, namun hatinya puas. Sekurang-kurangnya beliau berjaya menarik minat kanak-kanak dan boleh berkongsi hobi dengan mereka. Beberapa aksesori diletakkan di jentera dua roda ini termasuk ekzos demi bunyi lebih mantap. Keselamatan juga dititikberatkan oleh Papa. Beliau telah memasang slider di kedua belah fairing motosikal. Mudguard depan dan belakang juga telah digantikan.

Namun begitu, Nimota 150 ini bukanlah motosikal pertama sebaliknya, Legenda. Hati Papa terpikat dengan jentera Nimota bila melihatkan kawan-kawan menunggangnya. Setelah bercampur dengan komuniti Nimota Scrambler, Papa nekad untuk memiliki jentera ini. Nukilan di motosikal itu telah menjadikan Papa terkenal. Pada tahun 2014, beliau memenangi tempat kedua dan tempat ketiga dalam pertandingan Autoshow beberapa tahun lepas.

Papa menyarankan agar golongan muda hari ini mengutamakan keselamatan ketika menunggang. Jentera hari ini cukup ringan dan canggih. Tersilap langkah padah jadinya. Perkara asas dan penyelenggaraan motosikal semestinya dilakukan setiap penunggang. Jangan biarkan keluarga menanti dengan tangisan.

Previous Post

Pengembaraan dari Medan ke Pulau Sabang Aceh

Next Post

Arkib : Jen, The Street Triple

Next Post

Arkib : Jen, The Street Triple

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved