Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Arkib : Jen, The Street Triple

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-04-08
in SHOW OFF, UTAMA
0

Kalau ditanya pada saya, apakah motor berkuasa sederhana yang sesuai ditunggang seorang gadis? Saya akan senaraikan beberapa. Ia mungkin bermula dengan Ducati 899 Panigale, Yamaha R6, CBR600RR, CB500R, CB650F atau kalau makwe saya sendiri, saya belikan Triumph Street Triple. Ini adalah motosikal yang selamat untuk ditunggang.

Ia adalah revolusi bagi motosikal naked yang menjadikan 100hp terlalu mudah dikendali. Hampir sesiapa sahaja boleh menunggang motosikal ini dan yang paling penting, rupanya tidak sama langsung dengan mana-mana motosikal lain yang pernah dibina.

Lampu hadapan mata belalang itu sangat identikal dan tidak dinafikan, Triumph adalah contoh kebangkitan syarikat motosikal yang hampir lingkup, kini mereka berjaya bangun menentang industri. Triumph berjaya memecahkan monopoli motosikal middleweight dari Jepun semenjak memperkenalkan rangkaian dari enjin 3 silindernya lebih 10 tahun lalu.

Street Triple bukan sahaja sebuah motosikal naked/street kecil yang memenuhi kekosongan dalam industri malah menjadikannya enjin tiga silinder terbaik dalam pasaran. Mereka juga telah “memaksa” pemain utama seperti Yamaha menghasilkan MT-09 dan MV Agusta dengan Brutale. Padahal 10 tahun lepas, siapa saja yang pandang enjin 3 silinder ni?Street Triple menarik minat gadis cilik ini, Jen atau nama gelaranya Tiny Jen. Gadis kecil ini ternyata cekap mengendalikan motosikal ini dengan pengalaman sebelumnya menunggang Kawasaki Ninja 250cc sebagai asas.

Ninja 250cc tersebut telah memberi beliau banyak kemahiran menunggang. Mendengarnya bercerita buat saya rasa kagum, beliau memang membina kemahiran sebelum melompat pada motosikal yang lebih besar. Sewaktu menunggang Ninja 250cc tersebut, beliau telah mengikuti konvoi ke 1000 corner. Agak jarang kedengaran bagi seorang gadis muda dengan motosikal 250cc. Konvoi tersebut bermula dari Kuala Lumpur, Bukit Kayu hitam menerusi Thung Son, Prachuap, Kancharaburi, Tak, Mae Sariang, Mae Hong Son, Pai, (Mae Sai) Golden Triangle dan berakhir di Taichilek, Myanmar. Sementara perjalanan pulangnya mengikut laluan berbeza menerusi daerah Chiang Mai, Chiang Rai, Lamphun, Phitsanulok, Khao Kho, Phetchabun, Ratchaburi, Chumphon dan Hatyai dengan jarak keseluruhan 6,484 kilometer.

Pulang dari trip ini beliau menyimpan hasrat untuk memiliki motosikal yang lebih besar. Dua tahun kemudian, Street Triple ini dibeli. Berbeza dengan Ninja yang berada dalam keadaan standard, Jen melakukan modifikasi ringan pada Street Triple ini supaya kelihatan lebih menarik. Beberapa bulan selepas dibeli, naked jenama British ini telah melalui beberapa perubahan. Beliau memasangkan sistem lengkap ekzos dari Sc Project, pembias angin hadapan Givi, bar hendal, tuil brek dan klac, slider R&G, engine guard, cermin sisi dan akhirnya pelananya diubahsuai dengan kit penghadang menjadikannya kerusi tunggal.

Tak lama selepas itu, beliau memulakan perjalanan jauh. Sekali lagi, destinasinya negara gajah putih, Thailand. Beliau pernah ke sana pada bulan April untuk Pesta Songkhla. Tiga bulan berikutnya berkonvoi ke Koh Samui, bulan Ogos ke Betong dan September ke selatan Thailand meliputi daerah Songkhla, Thale Noi, Rajjaprabha Dam, Phuket, Krabi, Phatthalung dan Hatyai. Bagi seorang rider, sudah tentu tak lari dari menempuh pengalaman pahit manis menunggang. Detik yang paling tidak dapat dilupakannya ialah bila menyaksikan kemalangan temannya di depan mata. Ia sukar untuk dilupakan.

Jen juga turut aktif dalam beberapa kelab permotoran, beliau merupakan ahli jawatankuasa dalam kelab MAFTS. Kerana sifat aktifnya itu juga beliau dilantik sebagai duta bagi produk Dainese, Motorex, Akari E-Tint dan juga Ridea.Kepada anda yang berminat untuk mengetahui perkembangan Jen dengan lebih lanjut bolehlah mengikutinya di laman facebook dan instagram tinyjenrider.

Previous Post

Semangat Papa Ribena dan Nimota 150

Next Post

Ride Moped Ke Cameron

Next Post

Ride Moped Ke Cameron

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved