Sejak pandemik melanda lebih setahun yang lalu, dunia seakan lumpuh. Pelbagai sektor industri terpaksa memperlahankan aktiviti dan tidak kurang juga yang bernasib baik, terpaksa menghentikan operasi buat seketika. Bukan sahaja di Malaysia, ia masalah yang dihadapi seluruh dunia.
Salah seorang yang turut merasakan keperitan semenjak pandemik ini ialah Wan Shairi. Dahulunya, beliau sangat aktif dalam dunia permotoran malah sering membawa kelab-kelab motosikal bercuti sambil berkonvoi ke luar negara. Namun begitu, semangat juang yang tinggi, membuatkan beliau membuat apa sahaja demi kelangsungan hidup dan kini keadaan semakin pulih buat beliau.
Berikut, perkongsian beliau yang boleh dijadikan sebagai pembakar semangat dan sumber inspirasi untuk kita semua;
Pada awal PKP March 2020… Tiba tiba perniagaan travel berpusing 360 darjah… Sepatutnya tahun melawat Malaysia…dan segala plan…hancur… Saya terpaksa jual semua apa yang ada…untuk survived…
Saya jual telor, saya jual mangga, saya jual durian, saya jual terbikai, saya jual pisang dan beberapa jenis buah lagi.
Allah itu Adil…Pada Bulan April / May 2020….. Dapat pangillan dari 2 sahabat dari sekolah Shahrun Sh Ambia dan Azrol Yoe .. Ajok jual keropok.. Alhamdullilah dan terima kasih brothers… Dari mula keropok bermula dari Rumah.
Buat delivery dari rumah ke rumah..bawa motor… Nasib baik bini, anak dan kakak ipar ada bantu packing.. Keropok lekor, tambah ketupat palas, tambah sos cili, tambah punya tambah… Dapat idea dan sekarang saya bukak kedai Selera Tradisi Anok Teranung … Dari 1 jenis…sekarang jadi 1 stop centre… Alhamdullilah…dapat juga keep team team dalam travel office…
Nampak macam mudah tetapi tidak sebab bukan dari industri yang sama.. Tak sah perniagaan kalau dok kena tipu…hahhaha
Terima kasih bagi peluang dan beri semangat…
Selain itu, Wan Shairi turut merayu dan berpesan kepada seluruh rakyat Malaysia agar jangan menyerah kalah dan sama-sama menjaga keselamatan dan kesihatan. Negara sedang dalam kesusahan, kita sebagai rakyat mesti bersatu menjaga negara.
Kami di Roadstar mengucapkan semoga maju jaya buat Wan Shairi dan kepada anda di luar sana. Jangan pernah mengalah kerana hidup perlu diteruskan. Jaga diri dan kekal selamat.
Facebook : https://www.facebook.com/wan.shairi/posts/10159421547592070
Facebook : https://www.facebook.com/pages/Selera-Tradisi-Anok-Teranung/603146977010363
https://appecast.com/App/A04-Road-Star-Magazine/ROADSTAR-33/#page=1