Negara Thailand akan membuka semula semua sektor ekonomi dan pelancongan dalam tempoh 120 hari lagi dari sekarang. Pelancong yang telah mendapatkan vaksin dibenarkan berjalan ke seluruh negara itu tanpa sekatan. Oleh yang demikian, mereka juga tidak perlu menjalankan tempoh kuarantin. Langkah ini bagi mengurangkan kesulitan kepada pelancong asing.
Tambahan lagi, warga Thailand yang telah mendapat vaksin penuh juga tidak perlu menjalani tempoh kuarantin bila pulang ke negara mereka. Selain daripada itu, Phuket akan dibuka kepada pelancong mulai 1 Julai 2021.
Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha mengumumkan perkara tersebut. Menurut beliau, sudah tiba masa mereka mengambil risiko yang tinggi untuk menghidupkan kembali ekonomi dan sektor pelancongan Thailand yang lumpuh akibat wabak Covid-19.
Malangnya kita masih tidak dapat merentas negeri, apatah lagi keluar negara. Ke manalah kita dengan SOP yang tidak menentu?
Sumber : classicbiketoursasia.com