Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Vespa GTS 300 HPE Super Tech Tampil Dengan Rekaan Baharu Yang Lebih Menarik

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-12-04
in BULETIN, UTAMA
0


Didi Resources memperkenalkan Vespa GTS 300 HPE Super Tech yang merupakan model paling premium dalam keluarga GTS. Anda harus tahu bahawa model tersebut nyata ditunggu ramai. Sehingga kini, 50 unit sudahpun ditempah oleh pelanggan. Jadi, jika membuat tempahan hari ini, anda hanya akan dapat skuter itu selepas Februari 2021.

Jentera itu dipasang dengan lampu utama LED yang disepadukan bersama lampu nyalaan siang berbentuk bulat. Lampu belakang LED pula hadir dengan rekaan baru yang lebih segar. Di bawah pelana, ruang yang ada boleh menempatkan barangan peribadi dan topi keledar. Satu port USB membolehkan anda mengecas peranti pintar dengan mudah.

Penggunaan besi pada badan memberikan rasa tungangan yang dinamik. Kestabilan tunggangan turut disumbang oleh rim bersaiz 12 inci. Aspek keselamatan diserahkan kepasa sistem brek anti kunci (ABS) dengan cakera berkembar dan kawalan cengkaman elektronik (ASR). Seperti namanya, jentera tersebut dilengkapi enjin baharu iaitu 300 HPE (High Performance Engine.

Enjin empat lejang silinder tunggal bersesaran 300cc dengan sistem penyejukan cecair dan pancitan bahan api elektronik itu menjadi enjin paling berkuasa pernah dipasang pada sebuah Vespa. Ia mampu menjana kuasa 23.5hp dan tork 26Nm. Meningkat 12 dan 18 peratus berbanding enjin terdahulu. Peningkatan kuasa itu adalah hasil rekaan semula komponen dalaman enjin. Kelajuan maksimum pula dihadkan kepada 120 km/j sahaja.

Kuasa itu bagaimanapun tidak menjejaskan tahap penggunaan bahan api. Malah, enjin dan kotak gear CVT yang telah disemak semula itu menawarkan tunggangan yang lincah dan senyap. Selain enjin, satu lagi ciri penting yang ada pada skuter itu ialah paparan skrin TFT bersaiz 4.3 inci. Ia boleh disambungkan dengan telefon pintar Android atau iOS menerusi aplikasi VESPA MIA menggunakan Bluetooth.

Sebaik sahaja disambungkan, skrin TFT akan memaparkan semua notifikasi seperti panggilan dan mesej. Penunggang juga boleh menjawab serta membatalkan panggilan, mendengar muzik dan sebagainya menerusi joystick yang ada pada hendal sebelah kiri.

Lebih menarik lagi, aplikasi tersebut boleh bertindak sebagai navigasi terutama ketika hendak mencari atau pergi ke pusat servis Vespa berhampiran. Panggilan ke pusat servis juga boleh dibuat secara langsung tanpa perlu mencarinya di internet.Sama seperti model Vespa yang lain, Vespa GTS 300 HPE Super Tech hadir dengan pelbagai akseori original. Antaranya ialah kotak penyimpanan barang, rak barang depan belakang, cermin penghalang angin dalam warna jernih atau kelabu.

Vespa GTS 300 HPE Super Tech yang didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu kelabu dan hitam boleh anda miliki pada harga bermula RM33,300 seunit.

Sumber : Mekanika

Previous Post

Dilancarkan Ke Pasaran Tempatan, Tampil Dalam Dua Warna Pilihan

Next Post

Sarat Dengan Pelbagai Ciri Berteknologi Tinggi, Bantu Memperolehi Pecutan Yang Sempurna

Next Post

Sarat Dengan Pelbagai Ciri Berteknologi Tinggi, Bantu Memperolehi Pecutan Yang Sempurna

CAPAIAN

  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved