Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Pengalaman Dan Kenangan Dicipta Bersama

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2023-10-05
in BULETIN, UTAMA
0

Jauh perjalanan, luas pemandangan, bertambah pengalaman dan semestinya, mengukuhkan lagi ukhuwah serta persahabatan. Bermotosikal dan melawat tempat orang memang menyeronokkan tapi apabila dilakukan bersama rakan-rakan, keseronokannya sukar digambarkan. Demikianlah ceritanya dengan satu lagi aktiviti yang diusahakan presiden ROSE RIDERS, Bro Zass menerusi kelabnya.

Pada Ogos lalu, beliau bersama 25 ahli ROSE RIDERS telah menjelajah ke Terengganu buat kali yang kedua. Program yang diadakan bermula dari 24 sehingga 26 Ogos ini mendapat sambutan baik dari ahli-ahli kelab. Lebih manis lagi, mereka berpeluang memeriahkan penganjuran Terengganu Bike Mix Setiu sekali gus memberikan pengalaman serta kenangan kepada ahli-ahli dalam minat masing-masing.

Para peserta menginap dan singgah di Terengganu Bike Mix Setiu di mana mereka berpeluang bertemu rakan-rakan dunia permotoran dua roda yang lain. Peluang ini digunakan sepenuhnya oleh para peserta yang mengikuti program ini. Ada yang merakamkan kenangan dan tidak kurang juga, menyertai aktiviti yang disediakan untuk menjadi memori yang mustahil dapat dilupakan.

Keesokan harinya, para peserta meninggalkan Setiu dan bergerak masuk ke Bandar Kuala Terengganu. Di sini, para peserta berkesempatan mengunjungi lokasi yang paling popular dalam kalangan rider. Ya, Jambatan Angkat Terengganu. Seterusnya, melawati Pusat Tamadun Islam dan melihat keindahan Masjid Kristal. Para peserta juga berpeluang menyinggah di beberapa lagi lokasi menarik sekitar Kuala Terengganu sebelum bergerak pulang ke destinasi masing-masing keesokan harinya.

Previous Post

Dari Lembah Klang Ke Harimau Selatan

Next Post

Sahabat-sahabat Yang Meraikan Kenangan Pengembaraan Bersama-sama

Next Post

Sahabat-sahabat Yang Meraikan Kenangan Pengembaraan Bersama-sama

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved