Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Royal Pekan Drag Festival

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-03-25
in BULETIN, UTAMA
0

Royal Pekan Drag Festival yang diadakan di Litar Drag Pekan Speedway merupakan anjuran Ray Evo X Motorworks dengan beberapa pihak seperti Grab sebagai penaja rasmi pengangkutan dan Ancasa Royal Hotel. Penganjuran ini merupakan satu kejayaan ekoran ianya percubaan kali pertama pihak penganjur dalam menganjurkan siri perlumbaan drag di sini sekali gus membuka tirai siri yang diadakan buat julung kalinya. Sebanyak 18 kategori telah dipertandingkan sebagai pembuka siri perlumbaan ini.

RPDF merupakan inisiatif penganjur sebagai salah satu program penutup kalendar Litar Drag Pekan Speedway bagi tahun 2018. Selain itu, ia juga merupakan usaha pihak penganjur dalam mengurangkan aktiviti lumba haram di kalangan belia di sekitar daerah Pekan dan Kuantan di mana gelaja samseng jalanan serta aktiviti perlumbaan haram seakan kembali aktif dijalankan dan mencetuskan idea mengadakan drag ini bagi membawa golongan terlibat untuk berlumba di tempat yang betul.

Secara tidak langsung, ia sedikit sebanyak mampu mempengaruhi golongan belia setempat untuk merasai suasana perlumbaan selain membantu pihak PDRM membanteras lumba haram di jalan raya. Tindakan yang harus dipuji serta sesuai dijadikan contoh kepada semua pihak untuk berganding bahu dalam menangani gejala yang tidak sihat di kalangan belia kerana tugas membasmi dan mencegah aktiviti seperti lumba haram ini bukan sekadar terletak di bahu sebelah pihak tetapi tanggungjawab bersama.

Sebanyak 300 buah jentera telah mencuba nasib menyertai siri perlumbaan ini yang turut berjaya menarik minat para peserta luar dari negeri Pahang dan dalam masa yang sama, menaikkan nama Litar Drag Pekan Speedway yang semakin dikenali ramai. Selain itu, pelbagai aktiviti sampingan turut diadakan sepanjang program berlangsung sebagai usaha menarik kehadiran para penonton serta penyertaan dari pelbagai pihak untuk siri perlumbaan kali ini. Bukan sahaja aktiviti dan hiburan sampingan, pihak penganjur turut menekankan aspek keselamatan yang bertujuan untuk mendisiplinkan para peserta agar mampu membawa sedikit pembaharuan kepada semua tentang kebaikan dan kelebihan berlumpa di tempat sepatutnya.

Dalam usaha memberikan yang terbaik, pihak penganjur turut menerima sokongan dari semua pihak seperti pihak berkuasa tempatan (PBT) yang sentiasa memberi bantuan serta khidmat nasihat dalam setiap program yang diadakan secara bersama sekali gus melancarkan lagi perjalanan program. Pada penganjuran kali ini juga dapat dilihat penajaan dari pelbagai pihak yang sudi menaja bagi kelancaran kerja-kerja pentadbiran.

Akhir sekali, pihak penganjur serta tenaga kerja Royal Pekan Drag Festival mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung serta barisan penaja atas kesudian menaja penganjuran kali ini. Tidak ketinggalan, Abg Nuar Pekan yang memastikan proses dokumentasi sentiasa teratur sebelum program berlangsung serta semua pihak atas kerjasama yang sangat baik sepanjang penganjuran setiap siri perlumbaan yang diadakan. Jutaan terima kasih kepada unit media RPDF serta wakil media dari Roadstar dalam memberi liputan dari mula sehingga tamat perlumbaan. Tidak dinafikan jasa dan hubungan baik ini telah menjadikan ia sebagai medium dalam usaha memperkenalkan Litar Drag Pekan Speedway dalam setiap siri perlumbaan yang diadakan. Terima kasih kerana menyokong kami, jumpa lagi dalam siri pelumbaan drag yang akan datang.

++BERSAMA MEMBENTERAS LUMBA HARAM++KEARAH SUKAN PERMOTORAN YANG SIHAT++

Previous Post

Skuter Pink, Good Morning Kitty!

Next Post

Harley Davidson Sportster Nightster 1200

Next Post

Harley Davidson Sportster Nightster 1200

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved