Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Rossi Sertai Petronas Yamaha SRT Bakal Diketahui Di Styria

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-07-29
in BULETIN, UTAMA
0

Rossi Sertai Petronas Yamaha SRT Bakal Diketahui Di Styria

Pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) sedang memuktamadkan perjanjian dengan pihak Yamaha berhubung penyertaan juara dunia tujuh kali kelas MotoGP, Valentino Rossi dalam pasukan berkenaan musim depan.

Prinsipal pasukan Datuk Razlan Razali berkata keputusan penyertaan pelumba Itali itu, yang dikenali dengan panggilan ‘The Doctor’, dijangka diketahui pada Grand Prix (GP) Styria yang dijadual berlangsung di Litar Red Bull Ring-Spielberg, Austria pada 23 Ogos ini.

“Saya boleh katakan perbincangan sudah hampir sampai ke penghujung tetapi apa yang dia lakukan pada perlumbaan di GP Andalusia (menamatkan perlumbaan di tempat ketiga walaupun bergelut dengan masalah jentera) memang positif, itu yang kita mahukan.

“Namun, kita hendak tengok lagi pusingan seterusnya (di Litar Brno). Kita tahu sedikit sebanyak apa yang dia lalui dalam pasukan Yamaha, di mana mereka buat rombakan besar-besaran,” katanya kepada media tempatan menerusi aplikasi Google Hangouts, semalam.

Pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP sebelum ini, mengumumkan pelumba pasukan Petronas Yamaha SRT, Fabio Quartararo akan menyertai mereka pada musim hadapan, manakala Rossi dikhabarkan sudah menyatakan persetujuan untuk mewakili pasukan satelit Yamaha berkenaan.

Dalam perkembangan berasingan, Razlan memaklumkan mereka kini sedang meneliti punca masalah jentera seorang lagi pelumba pasukan itu, Franco Morbidelli menjelang saingan GP Republik Czech di Litar Brno pada 9 Ogos.

Pelumba Itali, yang lebih dikenali dengan panggilan Franky, gagal menamatkan perlumbaan yang berbaki sembilan pusingan akibat masalah teknikal dan terpaksa menarik diri pada perlumbaan GP Andalusia di Litar Jerez, Sepanyol pada Ahad lepas.

Ia sekali gus mengundang rasa hairan dalam kalangan krew teknikal pasukan berkenaan memandangkan enjin sama turut digunakan Quartararo, yang meraih kemenangan berturut-turut pada GP Andalusia selepas GP Sepanyol di litar sama pada 19 Julai.

— BERNAMA

Previous Post

Honda MSX 125

Next Post

KTM Super Duke 1290 GT

Next Post

KTM Super Duke 1290 GT

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved