Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Honda MSX 125

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-07-28
in SHOW OFF, UTAMA
0

Honda MSX 125

Sewaktu mula-mula dikeluarkan dulu, Honda MSX 125 yang juga sebuah Mini Town dan Fun Bike ini amat dinanti-nantikan para peminat motosikal tempatan. Bagi mereka yang pernah ke Thailand, motosikal ini begitu popular dan kelibatnya sering kali kelihatan di atas jalan raya negara gajah putih itu.

Sejak kebelakangan ini, para pengeluar motosikal di Malaysia telah berubah arah dan menumpukan kepada persaingan motosikal di bawah 250cc. Mungkinkah ia kesan akibat kemerosotan ekonomi negara atau adakah ia strategi tersembunyi Honda yang sudah sekian lama bertapak di Malaysia?

Kecil tetapi bukan sebarang kecil dan selagi belum dicuba, belum tahu. Jangan diukur pada sudut fizikal tetapi teliti dahulu kemampuannya. Peluang menunggang uji MSX 125 tidak disia-siakan. Berbekalkan pengalaman memiliki Kawasaki KSR, sedikit sebanyak memudahkan saya membuat penilaian serta perbandingan lebih terperinci.

Di dalam arus permodenan serta kepesatan pengeluaran motosikal, Honda telah mengadaptasi MSX 125 ke arah yang lebih bergaya di samping elemen-elemen yang terkini. Berteknologi PGM-F1 (Injection) yang diadunkan dengan kuasa enjin 125cc, pengunaan bahan api yang menjimatkan serta menepati piawaian Euro 6. Tangki Petrolnya berkapasiti 5.7 liter.

Ujian pada jarak 50km ulang alik dari kota raya Kuala Lumpur ke Klang boleh dikategorikan sebagai salah satu ujian dan memberi info tentang beberapa komponen asas yang terpasang pada motosikal ini. Sewaktu kunci Honda MSX 125 diserahkan, agak kaget juga kerana ia amat ekslusif seakan kunci kereta mewah di mana kuncinya tersembunyi. Bagi mengeluarkan kunci, butang perlu ditekan terlebih dahulu dan kunci ini dikenali sebagai Jack Knife Key.

Dihidupkan menerusi Eletric Starter, jangan terkejut kerana tiada kick Starter. Wah, canggih. Terdapat suis cepat bagi On dan Off enjin. Hebat! Dilengkapi juga dengan klac tangan dan penyerap hentak (fork) jenis terbalik (Upside down). Teknologi motosikal berkuasa tinggi telah diserapkan pada Honda MSX 125. Lampu hadapan LED berkembar dan lampu LED di belakang merupakan satu penambahbaikan pada model ini. Penelitian tanpa tunggang uji, ibarat melepaskan batok di tangga.

Satu hari masa terluang memberi kesempatan untuk saya menunggang uji Honda MSX 125 yang kerdil dan cun ini. Jelas sekali motosikal ini berjaya menarik perhatian ramai dari pelbagai golongan. Rasa diri macam artis pula kerana setiap kali berhenti, ada sahaja yang ajak bergambar. Adakah rupa saya yang diabadikan atau rupa bentuk Honda MSX 125 ini yang difokuskan?

Peluang yang ada digunakan sebaik mungkin dan lokasi ujian seterusnya dikenal pasti. Kesesakan lalu lintas di waktu puncak merupakan strategi bagi mengenal pasti kelemahan atau kelebihan pada si kerdil dua roda ini. Adakah berbaloi harga dengan kemampuan jentera? Jalan Bukit Bintang menjadi pilihan. Lokasi ini agak sesak terutamanya selepas tamat waktu bekerja.

Walaupun jaraknya hanya lebih kurang 2km untuk ujian tersebut, namun MSX 125 cukup memberikan kepuasan, menjimatkan waktu dan paling penting membantu penunggang melepasi halangan deretan kenderaan serta mencelah dengan senang tanpa ragu-ragu. Ringan, body yang agak pendek dan mudah kawalannya antara kelebihan dimiliki Honda MSX 125.

Lazimnya tangki berkapasiti 5.7 liter tidak mampu untuk satu perjalanan jauh berdasarkan kelajuan maksima 120km/j tapi keajaiban berlaku semasa MSX 125 ini diuji. Jarak perjalanan sejauh 120km dari pekan Kapar, Klang ke Kuala Lumpur ulang alik telah membuktikan motosikal ini berjaya menyelamatkan poket saya.

Honda sekali lagi membuktikan jentera keluaran mereka adalah pilihan tepat untuk mereka yang mencari motosikal bagi kegunaan berulang alik ke tempat kerja walau jauh mana jarak sekalipun. Bantuan Lampu berkembar LED hadapan cukup luas sebaran kiri dan kanan ketika penggunaan di tahap lampu rendah (Low Beam), namun peratus cahaya yang menjurus ke depan memerlukan sedikit penambahbaikan, tetapi pengunaan lampu Tinggi (High Beam) boleh dipuji dan tiada keraguan seandainya berhadapan dengan jalan gelap gelita. Lampu LED belakang cukup terang, ini memudahkan kenderaan menyedari kemunculan motosikal ini. Mungkin harganya membuatkan kita termenung.

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Roadstar 44

Previous Post

Memandu Di Bawah Pengaruh Alkohol Atau Dadah, Penjara 15 Tahun Dan Denda Sehingga RM100,000.00

Next Post

Rossi Sertai Petronas Yamaha SRT Bakal Diketahui Di Styria

Next Post

Rossi Sertai Petronas Yamaha SRT Bakal Diketahui Di Styria

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved