Seramai 25 ahli Rose Rider telah menghadiri satu majlis usahasama grup-grup permotoran bagi menjayakan Majlis Santai Keperihatinan Seniman Negara, Datuk M Daud Kilau. Diadakan pada 8 Januari lalu di Bandar Bagan Datuk, di negeri Perak, majlis ini memberi peluang kepada peserta untuk mengenali seniman negara ini dengan lebih rapat lagi.
Bersesuaian dengan cogankata yang sinonim dengan grup Rose Rider iaitu Ukhuwah, Dakwah & Sahsiah, ahli-ahli Rose Rider turut membantu dari sudut pengurusan majlis. Bermula dengan sambutan, konvoi bersama Datuk M Daud Kilau yang dibantu pula Kelab Jaguh Perak dibawah pimpinan Bro Rostam dan Kelab Gangstar yang dipimpin oleh AbahD.
Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran riders dari segenap daerah yang cukup memeriahkan suasana. Pemimpin Rose Rider sendiri, Bro Zass telah diamanahkan sebagai pengacara majlis serta mewawancara Datuk. Majlis melabuhkan tirai selepas sesi makan tengah hari dan majlis penyampaian trofi serta sumbangan kepada Datuk sebagai kenang-kenangan.
Perkongsian : Bro Zass (Presiden Rose Rider)