Segala-galanya bermula pada tahun 2020, Honda buat pertama kalinya menerima Red Dot Design Award untuk CBR1000RR-R Fireblade SP. Pasukan Merah atau Team Red ini meneruskan lagi kecemerlangan dengan satu lagi trofi Red Dot Design dengan Forza 750 2021. Kini, Honda mencatatkan sejarah dengan memenangi Red Dot Design Award ini bukan hanya satu tetapi dua model keluarannya iaitu NT1100 sport-tourer dan skuter ADV350.
Apabila Honda melancarkan model terbaharu ini, jenama ini memberikan keseimbangan di antara bentuk dan juga fungsi, sekali gus memberikan rekaan moden yang mengutamakan gaya dan keselesaan. Pendekatan ini ternyata diterima baik oleh para peminat khususnya para pengkritik.
Direka oleh Maurizio Carbonara di pusat R&D Honda yang berlokasi di Rome, Itali, NT1100 memperoleh manfaat dari falsafah pasukan yang mengutamakan keselesaan. Hasil kajian ini, model sport-tourer ini menggabungkan gaya yang lasak serta sofistikated.
Honda sudah selesai untuk Red Dot Design bagi tahun 2022, bagaimana pula dengan musim seterusnya? Mampukah Team Red mengekalkan kemenangan?
Sumber : Rideapart / Moto.It