Raikan kehadiran helmet terbaharu FKR di pasaran dengan menghantar penyertaan Ekspresi Premio; Peraduan Melukis & Mewarna Helmet FKR Premio 2022 bermula dari sekarang sehingga 31 Ogos 2022. Cara penyertaan mudah sahaja, hanya perlu beli helmet Premio dan luahkan kreativiti anda di atas lapisan penutup helmet ini.
TIADA TEMA ATAU KONSEP KHAS!
Anda bebas meluahkan kreativiti di atas helmet Premio tanpa sebarang tema atau konsep tertentu. Inilah peluang untuk anda ekspresikan diri. Tidak kira apa juga teknik dan bahan media digunakan kerana yang penting, hasil lukisan yang dihantar adalah asli, tidak melanggar isu sensitif (politik, agama dan lain-lain) dan di atas penutup helmet Premio yang asal.
Penyertaan terbuka kepada seluruh warganegara yang berumur 16 tahun ke atas dan boleh menghantar sebanyak mana penyertaan dengan syarat, setiap penyertaan menggunakan satu helmet Premio. Setiap peserta hanya boleh memenangi satu hadiah sahaja.
HADIAH-HADIAH MENARIK MENANTI
Para pemenang utama berpeluang membawa pulang Baucar Beli Belah bernilai RM500, RM400 dan RM300. Bukan itu sahaja, sebanyak 30 peserta bertuah bakal menerima saguhati yang terdiri daripada;
– 10 helai baju hujan FKR (bernilai RM128.00 sehelai)
– 10 helai jaket Windbreaker FKR (bernilai RM98.00 sehelai)
– 10 unit beg galas FKR (bernilai RM49.90 seunit)
SYARAT PENYERTAAN
• Terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 16 tahun dan ke atas.
• Peserta perlu mengimbas borang peraduan melalui kod QR yang disediakan.
• Tarikh tutup peraduan pada 31 Ogos 2022.
• Reka bentuk berdasarkan kreativiti individu dan hakcipta sendiri.
• Segala unsur plagiat adalah dilarang sama sekali.
• Isu sensitif berkaitan politik, agama dan lain-lain tidak dibenarkan.
• Borang peraduan dan gambar reka bentuk perlu dihantar melalui imbasan kod QR
• Pemenang dipilih berdasarkan konsep reka bentuk, kreativiti dan keputusan hakim adalah muktamad.
• Penganjur mempunyai hak untuk berkongsi foto pemenang dalam majalah serta media sosial.
• Penganjur juga berhak menggantikan hadiah dengan produk nilainya yang setara.
• Penganjur juga berhak membatalkan penyertaan dan menarik balik kemenangan sekiranya penyertaan didapati melanggar mana-mana syarat yang ditetapkan
• Pemenang akan dimaklumkan melalui e-mel / panggilan telefon.
• Pemenang hanya berhak memenangi satu hadiah sahaja.
• Kakitangan dan ahli keluarga FKR/Roadstar tidak dibenarkan menyertai peraduan ini
PERATURAN PERADUAN
1) Melukis dan mewarna hanya menggunakan topi keledar FKR Premio.
2) Perlu membuka penutup atas topi keledar FKR Premio, melukis dan mewarna hanya pada lapisan penutup atas.
3) Pasangkan kembali topi keledar FKR Premio ke bentuk yang asal semula.
4) Ambil gambar dan hantar pada kod QR yang disediakan berserta borang peraduan.
*Helmet Premio boleh didapati dibengkel motosikal terdekat atau secara online.