Peralihan tahun bermakna, ada perubahan yang perlu dilakukan demi memastikan kelancaran perjalanan dan urusan sesebuah kelab. Begitu juga dengan Club Antique Motor Kulim yang mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) kali ke-9 pada 20 Januari lalu.
Pejam celik, kelab ini telah mencecah usia sembilan tahun sejak penubuhannya pada 28 Februari 2015. Diadakan di Hotel Sri Malaysia Kulim, program telah dimulakan pada pukul 8.00 malam dan berlanjutan sehingga pukul 10.30 malam.
Pelbagai aktiviti disediakan selain program utamanya iaitu perlantikan Ahli-ahli Jawatankuasa baharu untuk tahun 2024. Selain itu, para peserta turut dijamu dengan hidangan makan malam yang disediakan secara bufet dan juga sesi Cabutan Bertuah.
Bagi perjumpaan kali ini, sebanyak 97% kehadiran telah dicatatkan dengan penyertaan ahli paling jauh yang datang dari Kuala Lumpur seramai 2 orang dan juga Selama, Perak seramai 2 orang ahli.
Berikut, senarai Ahli-ahli Jawatan Kuasa Yang baharu dilantik untuk tahun 2024
Pengerusi : Abdul Razak (Jaq Kapcai)
Setiasa Usaha : Abdul Latip
Bendahari : Mohd Shukri
Ketua Mashall : Muhammad Firdaus
Tugas Khas : Ahmad Salihin
Penasihat : Zainudin
Penaja
Foxdry
Aces Helmet
JetronBlackGoal
Thai – X
FKR
Kopi Cap Dua Daun
Roadstar