Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Ride Leha-Leha Ziarah Cakna Ambang Ramadan NMax Seladang Crew Ke Kg Gapeh Kuala Mu

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2021-04-14
in BULETIN, UTAMA
0

“Komer… lame tak dengo kabo komer, sihat ke? Riso udah tumpo ke komer. Ater moh ler, paneh bebenor rase nak dedor badan teman ni, tak lalu nak nyerongen kome. Idak ke kome nak merambu. Acekemer bagi cadangan.”

Inilah antara kata-kata dilontarkan ahli grup agar diadakan program Ride Ziarah Cakna Ambang Ramadan. Majoriti ahli-ahli NMax Seladang Crew tergolong dari abah-abah, maka tidak hairanlah lontaran kata yang disusun amat indah dan kadang kala menusuk kalbu.

Sehubungan itu, Tuan Presiden NMax Seladang Crew YM Raja Halifuddin a.k.a Pak Kudin menyambut dengan meminta maklumat lebih terperinci. Seterusnya, menerima sambutan dari krew-krew lain termasuk Lan Aje dan Marshal Arm. Akhirnya, Ride Leha-Leha Ziarah Cakna Ambang Ramadhan diadakan yang tak ubah Bagai Bulan Jatuh ke Riba. Ahli-ahli lain menyahut dan mula mengisikan nama.

Walaupun masih dibayangi pandemik dan dalam tempoh PKPP #KITAJAGAKITA, semua rider dimaklumkan agar mematuhi garis panduan atau SOP sepanjang program diadakan. Antaranya seperti memakai pelitup muka, sentiasa mencuci tangan, penjarakan fizikal dan sebagainya seperti kata orang perak “Komer Jangan Ingke Bebenor Nanti Ye” yang bermaksud; jangan seronok sangat tanpa memikirkan keselamatan dan kesihatan.

NMax Seladang Crew berkumpul di Caltex Sg Siput pada jam 9.00 pagi. Ride kali ini diserikan lagi dengan kehadiran sahabat-sahabat rider ADV150 dan MT-15 serta dua kenderaan lain yang membawa kelengkapan makanan iaitu Sis Aqilah & family serta Bamie dan juga Cikgu Mizie yang menyediakan makanan tengah hari secara FOC. Program ini turut disertai marshal grup iaitu Bro Ameer Firdaus yang menjalankan tugas bersama Marshal Bro Jai Rezal.

Pelbagai gelagat mencuit hati dapat dilihat, antaranya aksi Abang Bard bersama pillion yang bersedia menyelinap ke depan bersama kelajuan CVT Bro Odeng tetapi tapi disekat oleh peserta lain. Para peserta tiba di lokasi ziarah cakna sahabat NMax Seladang Crew yang terletak di teratak Bro Norhisham di Kg Lasah Sg Siput pada jam 10.00 pagi.

Seterusnya, program diteruskan dengan tahlil ringkas yang dipimpin oleh Ustad Fakhri (Rider Kental Tapah). Kemudian, perjalanan mendaki dimulakan pada jam 11.00 pagi ke Kg Gapeh Kuala Mu iaitu lokasi yang ditujui dengan keadaan santai dan mengikuti arahan kelajuan yang telah ditetapkan pihak berwajib. Sambil menghirup udara segar, melalui bukit bukau dan pemandangan indah serta kedengaran aliran hening sungai menyapa semua peserta ride pada kali ini.

Para peserta tiba di lokasi pada jam 12.00 tengah hari dan antara program yang ditunggu-tunggu adalah sesi bergambar yang menceritakan pelbagai reaksi dan kenangan kepada semua rider. Ibarat pepatah Inggeris “Let The Picture Talk”. Menerusi gambar-gambar ini boleh dilihat gelagat dan reaksi abah-abah. Satu lagi kenangan terindah tatkala melihat abah-abah ini berendam sambil menikmati keindahan flora dan fauna di Kuala Mu. Terdapat juga elemen “Bulat Air Kerana Pembetung, Bulat Manusia Kerana Muafakat”!

Setelah selesai mengenakan “Protective Personal Equipment” PPE, semua peserta diberikan taklimat akhir untuk perjalanan pulang ke destinasi masing-masing mengikut garis panduan dan SOP yang telah ditetapkan. Di sini, Ambang Ramadan para peserta diuji apabila salah seorang rider Nmax Seladang Crew mengalami breakdown. Bertepatan pula dengan satu lagi pepatah; sama-sama menggembleng tenaga dari puncak hingga ke Kg Lasah dan towing ke Ipoh. Kredit kepada semua rider khasnya kepada Bro Masdi Lead Rescue, Bro Odeng dan Arm Marshal Left-Right Foot Towing serta Cikgu Mizi 4W Towing bagi tujuan pemudahcara. Alhamdulillah akhirnya semua urusan dipermudahkan Allah subhanawataala.

Akhir kalam, terima kasih diucapkan pada semua rider NMAX SELADANG CREW yang mematuhi undang-undang jalan raya serta arahan dari Marshal. “Bukit Sama Didaki, Lurah Sama Dituruni dan Hati Gajah Sama Dilapah, Hati Kuman Sama Dicecah” sikap inilah yang diterapkan kepada semua rider NMAX SELADANG CREW. Kesemua perserta memberikan kerjasama yang amat baik dan berdisplin sepanjang Ride Leha-Leha berlangsung. Aktiviti begini akan diadakan lagi di masa akan datang. Kepada semua peminat YAMAHA NMAX, anda dialu-alukan untuk melayari Facebook NMAX SELADANG CREW dan whataps Group NMAX SELADANG CREW.

Disediakan Oleh : En BOB (Penasihat), HJ Hazril HHH (Sutradara)

Previous Post

Motocompo dari Honda, Tak Makan Banyak Ruang!

Next Post

Honda CBR600RR Kini Di Malaysia

Next Post

Honda CBR600RR Kini Di Malaysia

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved