Apa yang Honda tak boleh buat? Bila bercakap tentang moto mini, Honda turut tersenarai sebagai salah satu pengeluar dan anda tentu ingat motor seperti Honda Grom, Monkey yang masih dan terus popular sehingga hari ini. Motor-motor ini pula menjadi pilihan orang ramai kerana senang dikendalikan.
Mungkin Honda Grom dan Monkey masih lagi bersaiz besar. Jangan tak tahu, pada tahun 1981 Honda pernah mengeluarkan apa yang dikatakan pada hari ini sebagai urban mobility solution. Pada ketika mobiliti urban belum lagi menjadi isu yang besar seperti hari ini, Honda mengeluarkan Motocompo. Skuter yang boleh dilipat dan disimpan di mana-mana sahaja.
Dikuasakan oleh enjin silinder tunggal 2-lejang 49cc, ia menawarkan sehingga 140km dengan tangki 2.2 liter. Menarik? Seperti yang dijangka, Honda Motocompo ini sangat popular di Jepun dan beberapa negara lain. Lebih menakjubkan, untuk motor sekecil dan sepelik ini, ia pernah mencecah sehingga $5,000 USD (RM20,674.21). Kalau diberi peluang, mahukah anda membeli seunit Motocompo?
Sumber : Rideapart.com