Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Rezeki Jual Model Motosikal

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-08-21
in BULETIN, UTAMA
0

“BUKAN motosikal RX-Z sahaja laris sekarang, modelnya turut laris dan mendapat permintaan tinggi dalam kalangan peminatnya,” kata Muhammad Naim Mohamed ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pengadang Baru, Kuala Terengganu, hari ini.

Muhammad Naim, 28, berkata dia mula berniaga pelbagai jenis model motosikal itu sejak sebulan lalu. Menurutnya, sehingga kini lebih 600 unit motosikal termasuk 550 model motosikal RX-Z Millenium sudah terjual.

“Selain model motosikal RX-Z itu, motosikal Yamaha Y125Z dan Yamaha Y15ZR turut mendapat sambutan menggalakkan. Bagaimanapun, model motosikal RX-Z paling laris dan model motosikal itu dijual dengan harga RM120 hingga RM160 satu unit mengikut jenis motosikal dan tempahan,” katanya yang mempunyai Diploma Pengurusan Perniagaan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Chendering, Terengganu.

Menurutnya, perniagaan model motosikal itu dijalankan sekadar mengisi masa lapang dan tidak menyangka ia memberikan pulangan lumayan. Katanya, dia sudah lama ingin berniaga untuk menambah pendapatan, tetapi tidak pasti perniagaan apa yang harus dijalankan.

“Maklumlah sekarang semua orang berlumba-lumba berniaga dan kebanyakan perniagaan sudah didominasi dan sukar jika peniaga baru ingin bersaing. Bagaimanapun idea menjual model motosikal itu tercetus selepas melihat ramai peminat motosikal RX-Z sehingga menjadi tular dan harga motosikal itu kini melambung tinggi,” katanya.

Menurutnya, pembeli boleh mengabadikan nombor pendaftaran motosikal masing-masing pada model berkenaan. Justeru, katanya, bukan sahaja peminat motosikal RX-yang membelinya, tetapi isteri dan bakal isteri membelinya untuk dihadiahkan kepada suami dan membuat hantaran perkahwinan. – Berita Harian

 

Previous Post

NGO Kelantan Semarakkan Sambutan Hari Kebangsaan

Next Post

Penyerahan KYT MERDEKA 63

Next Post

Penyerahan KYT MERDEKA 63

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved