Bertempat di FT Garage Pulau Pinang telah berlangsungnya majlis penyerahan helmet KYT MERDEKA 63 pada 15 Ogos lalu. Helmet ini adalah hasil kolaborasi setiap tahun di antara FT Garage bersama helmet berjenama dunia KYT. Sejak 2017, usaha kolaborasi ini dimulakan dengan KYT FT Tribute Fauzi Tahir (Allahyarham), KYT Merdeka 61 (2018), KYT MERDEKA 62 (2019) dan edisi terkini, KYT MERDEKA 63.
Majlis penyerahan ini berlangsung penuh meriah dengan gelagat para pelanggan yang tidak sabar menerima helmet KYT MERDEKA 63. Ada juga yang mengambil peluang ini merakam gambar kenangan bersama motor yang dilengkapi logo motor FT yang dikatakan mempunyai sejarah tersendiri. Bukan itu sahaja, para pelanggan yang datang pada hari itu turut mendapat tawaran istimewa Tanker Active Foam dan Visor KYT Merdeka.
Disediakan Oleh : Pak Art