Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Raikan Wira Tidak Didendang

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2023-03-24
in BULETIN, UTAMA
0

Castrol, sebuah syarikat pelincir automotif terkemuka di negara ini, menganjurkan kempen ‘Castrol Hari Mekanik Malaysia’ yang kelima. Kempen tahun ini yang bertemakan “Meraikan Mekanik Malaysia” diadakan sebagai inisiatif untuk memberi penghargaan dan meningkatkan kesedaran terhadap wira-wira yang terdiri daripada pakar automobil di Malaysia.

‘Castrol Hari Mekanik Malaysia’, yang disambut pada 18 Mac setiap tahun, memulakan acara tahun ini dengan memperkenalkan sebuah video unik, yang dilancarkan pada 1 Mac 2023. Video bertajuk “Sebuah Dunia Tanpa Mekanik” telah ditayangkan dalam platform media sosial YouTube dan Facebook.

Selain dari itu, Castrol juga akan menganjurkan “Pertandingan Mekanik Castrol”, menyasarkan mekanik dan bengkel Castrol Auto Servis, yang akan berlangsung dari 1 April hingga 31 Mei 2023 bertujuan memberikan ganjaran dan penghargaan kepada mekanik tempatan. Semua penyertaan boleh diserahkan melalui Aplikasi Motorist, aplikasi eksklusif yang disediakan khusus untuk semua bengkel Castrol Auto Servis.

Semua mekanik daripada tiga bengkel terbaik, yang dibahagikan mengikut bahagian (bahagian Utara, bahagian Tengah, bahagian Selatan, bahagian Pantai Timur dan bahagian Timur Malaysia), dengan jumlah jualan tertinggi semasa pertandingan ini akan memenangi Xiaomi Redmi Note 11 Pro 6.67 inci (128GB), bernilai RM1,149. Tiga bengkel terbaik daripada setiap bahagian itu juga akan dikreditkan dengan 8,000 Mata EZ Rewards bernilai RM800, yang boleh digunakan untuk menebus pelbagai ganjaran melalui platform EZ Rewards.

Sebagai salah satu lagi tanda penghargaan, Castrol turut merealisasikan impian dua orang pengguna, susulan daripada pertandingan ‘Castrol Game Changers’ yang dianjurkan dengan kerjasama ‘Premier League’. Pemenang-pemenang bertuah itu telah diiringi ke London untuk menyaksikan perlawanan Tottenham Hotspurs menentang Chelsea pada February 2023 di Stadium Tottenham Hotspurs di mana Spurs menang 2-0. Mereka turut diberi peluang untuk mengalami layanan eksklusif bertaraf dunia yang ditawarkan oleh Stadium Tottenham Hotspurs dan meluangkan masa beramah-mesra dengan legenda Spurs, Michael Dawson.

Castrol turut melancarkan ‘limited edition packaging’ untuk Castrol EDGE 5W-40, yang menampilkan empat pemain bintang Liga Perdana, David De Gea dari Manchester United, Jesse Lingard dari Nottingham Forest, Michail Antonio dari West Ham, dan Son Heung Min dari Tottenham Hotspurs.

Previous Post

Pertama Di Shah Alam

Next Post

Kriss 110 & Kriss 110 DB 2023, Terima Ton Warna & Grafik Baru

Next Post

Kriss 110 & Kriss 110 DB 2023, Terima Ton Warna & Grafik Baru

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved