Motosikal & Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) anak syarikat DRB-HICOM Berhad (“DRB-HICOM”) baru-baru ini mengumumkan pembaharuan untuk varian Kriss 110 dan Kriss 110 “Disc Brake” 2023. Motosikal yang menjadi kegemaran sepanjang zaman itu menerima beberapa ciri pembaharuan termasuk lampu depan yang direka bentuk baharu serta port pengecasan USB untuk kemudahan penunggang.
Selain itu, kedua-dua varian juga menerima warna dan skema grafik baharu yang dikemas kini dengan harga mampu milik baharu:
Model Baharu Harga yang disyorkan (tanpa insuran & cukai jalan)
Modenas Kriss 110 : Biru, Hitam dan Kuning RM3,917.00
Modenas Kriss “Disc Brake” : Biru, Hitam, dan Merah RM4,437.00
Untuk rekod, jentera terbaharu Modenas ini masih mengekalkan enjin dengan teknologi EEV, satu silinder, 4 lejang, SOHC, 108 cc, yang menghasilkan kuasa maksimum 4.9 kW (6.57 hp) / 8000 RPM dan tork maksimum 6.7 Nm / 6000 RPM. Bagi melindungi hak pengguna, setiap model motosikal Modenas dilindungi jaminan pengeluar selama dua tahun, atau jarak perbatuan 20,000 km yang mana tiba dahulu.
Kedua-dua model ini didatangkan dalam tiga warna dan harga berbeza, kedua-duanya akan tiba di semua pengedar sah MODENAS menjelang minggu ini.