Seramai 700 orang telah hadir di Kawasaki Shah Alam sempena pembukaan Pusat 4S Kawasaki yang pertama di sini oleh EMOS. Dirasmikan oleh Dato’ Chear Kin Keong, Ketua Pegawai Eksekutif Kawasaki Shah Alam dengan kehadiran Roslan Roskan dan George Kashiwagi.
Satu lagi kejayaan yang dicatatkan EMOS dan Kawasaki selepas pelancaran sport cruiser terbaharunya iaitu Modenas Vulcan S. Kawasaki Shah Alam merangkui 4 aspek perniagaan; Jualan, Alat Ganti, Servis dan Pameran (Sales, Spare Part, Services & Showroom). Dikategorikan sebagai Kawasaki All Star di mana para peminat motosikal boleh menemui model terbaharu Kawasaki, dari sekecil-kecil cc sehingga model jalan lasak.
Menurut Roslan Roskan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif EMOS, Kawasaki Shah Alam ini pastinya menjadi platform untuk komuniti Kawasaki untuk menikmati sendiri inovatif Kawasaki. Sebagaimana yang dipercayai, kejayaan sebenar adalah bersandarkan pengaruh jenama tersebut kepada penggunanya.
Bagi makluman, Kawasaki All Stars ini diilhamkan rekaan dan juga binaan Plaza Kawasaki di Jepun yang mengutamakan produk untuk dipamerkan kerana yakin dengan berkongsi aspek yang sama, bilik pameran ini akan berhubung dengan para pelanggan membuatkan mereka ingin kembali.
Jika anda mahukan maklumat lanjut, sila layari laman Kawasaki di https://www.kawasaki.com.my/kawasaki/shop; atau hubungi talian bebas 1-800-880-008. Anda juga boleh berhubung menerusi WhatsApp Careline di +6019-570 8135.