Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Raikan Para Pengedar Dengan Prestasi Cemerlang

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-05-06
in BULETIN, UTAMA
0

Tahun 2020 kali ini FKR telah memilih Da Lat, Vietnam sebagai tempat untuk meraikan pengedar-pengedar yang telah mencapai sasaran jualan dengan jayanya. Pada hari pertama mereka dibawa mengunjungi Trai Ham Weasel Coffee Farm, di mana para peserta dapat melihat pelbagai jenis kopi. Antaranya Weasel coffee nama tersebut adalah alternatif bagi Civet Coffee atau lebih dikenali sebagai Kopi Luwak, beberapa negara Asian Palm Civet yang memproses kopi dikenali sebagai Musang atau Weasel Poop Coffee. Para peserta yang terlibat juga dapat melihat bagaimana proses penyediaan kopi tersebut. Setelah itu, mereka dibawa melewati Xuan Huong Lake sebelum pulang ke hotel yang merupakan salah satu tarikan pelancong terkenal di Da Lat. Tasik buatan ini terkenal dengan rumput hijau dan taman bunga yang indah.

Hari kedua di Da Lat, para peserta dibawa ke Datanla Waterfalls untuk melihat air terjun yang sangat cantik ia terletak di tengah-tengah Prenn Pass, kira-kira 5km ke selatan pusat bandar Da Lat. Air terjun Datanla adalah air terjun kecil yang mengalir dari tebing berbatu setinggi 20m ke kolam yang dalam dan mewujudkan pemandangan romantis dan menenangkan jiwa. Perjalanan diteruskan ke Clay Tunnel, sebuah terowong yang diperbuat daripada tanah liat. Terowong ini dibina di sebelah Tasik Tuyen Lam pada tahun 2010.

Pemilik projek ini ialah Trinh Ba Dung, seorang peniaga dari Saigon. Pada awal projek, En. Dung membina dua rumah tanah liat dengan tanah liat basalt yang dicampur dengan campuran khas yang membolehkan tanah liat menjadi keras tanpa bakar pada suhu tinggi. Setelah Berjaya dengan dua rumah tanah liat, dia terus membangunkan terowong sepanjang 2km, dan terus membina pembangunan Kota Da Lat di hadapan pintu gerbang pelancongan Dalat. Para peserta sempat ke Dalat City Flower Garden di mana terdapat 300 jenis bunga-bunga eksotik dan 100 dari bunga tersebut mekar setiap tahun.

Pada malam tersebut, majlis yang dinanti-nantikan oleh semua peserta FKR Top Achiever Convention 2020 telah diadakan. Sesi penyampaian anugerah kali ini disampaikan oleh Pengarah Urusan FKR En. Pornpoj Swadwan dan Pengurus Besar FKR En Lee Yew Wah yang dimulai dengan penyampaian Top Achiever Award, diikuti Platinum Award kepada para pengedar yang mendapat pencapaian jualan tertinggi tahun 2019.

Pada hari ketiga, perjalanan diteruskan ke Dinh I King Palace. Keistimewaan istana ini adalah sistem terowong rahsia dengan reka bentuk tingkat lebih tinggi di Istana serta tangga turun ke pejabat kerja, ruang tamu ke halaman belakang untuk ke heliport. Terowong ini dibina oleh Ngo Dinh Diem ketika menjadi presiden pada tahun 1956. Seterusnya, para peserta singgah ke Crazy House yang merupakan rumah tumpangan menyerupai pokok besar, dibina untuk memberi inspirasi kepada orang ramai dan galakan supaya mencintai alam semula jadi.

Sebelum pulang ke hotel, para peserta sempat singgah ke Da Lat Railway Station yang juga sebuah stesen kereta api dibuat oleh arkitek Perancis pada tahun 1932. Ia dibuka pada tahun 1938 dan ditinggalkan pada akhir perang Vietnam hingga tahun 1990an, kini ia dibuka semula sebagai tarikan pelancong. Pada keesokan harinya, setelah sarapan pagi dan daftar keluar hotel, para peserta terus menaiki bas dan bergerak ke Lapangan Terbang Da Lat untuk berlepas ke Malaysia.

Previous Post

Cara Unik Meriahkan Hari Bersejarah Pasangan Bahagia

Next Post

Kini, Pusat Servis MODENAS Dibuka 4 Hari Seminggu

Next Post

Kini, Pusat Servis MODENAS Dibuka 4 Hari Seminggu

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved