Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan kerajaan minggu lepas, syarikat motosikal nasional, Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) kini telah menambah hari operasi untuk pusat-pusat servis sah MODENAS yang terpilih daripada 2 hari kepada 4 hari seminggu.
Penyambungan semula operasi selepas jualan MODENAS tertakluk kepada prosedur pengendalian standard (SOP) pandemik Covid-19 yang telah ditetapkan oleh MITI, termasuk waktu yang lebih singkat, kakitangan yang terhad serta mematuhi langkah-langkah pencegahan seperti penjarakan sosial dan pemantauan amalan kebersihan setiap masa.
Antara pusat servis MODENAS yang terpilih adalah seperti berikut;
Pusat Servis MODENAS Subang, Selangor
Pusat Servis MODENAS Ipoh, Perak
Pusat Servis MODENAS Gurun, Kedah
Pusat Servis MODENAS Kuantan, Pahang
Pusat Servis MODENAS Johor Bahru, Johor
Hari Operasi : Empat hari seminggu (Isnin hingga Khamis)
Waktu Perniagaan : 10.00 pagi hingga 3.00 petang
*Bermula dari 4 Mei 2020 sehingga diberitahu kelak.